Semalam, peminat tegar TRANSFORMERS dikejutkan dengan treler ke-2 BUMBLEBEE yang penuh dengan aksi Transformers G1 zaman ’80-an yang hebat di Cybertron.

Hari ini, jom kita kupaskan 10 fakta yang anda patut tahu tentang filem BUMBLEBEE ini!

(1)
Pada permulaannya ‘Bee adalah pelarian perang di Cybertron yang sampai ke Bumi untuk mengelakkan diri.

(2)
Di Bumi, ‘Bee bertemu dengan Charlie Watson, pengantara manusia untuk filem ini, bagaimana Spike Witwicky menjadi pengantara manusia dengan Autobots dalam siri kartun Transformers G1.

(3)-(5)
Decepticon yang bernama Blitzwing serta dua Decepticons versi Triple Changers – Shatter dan Dropkick – kemudiannya turun ke Bumi untuk berkerjasama dengan Agent Burns (John Cena) dan Sector 7 bagi memburu Bumblebee.

(6)-(10)
Aksi-aksi Perang Cybertron membongkarkan kameo watak-watak klasik rekaan Transformers G1 – Optimus Prime disebelah Autobots dan Decepticons diwakili oleh Shockwave, Soundwave, Ravage, Starscream, Acid Storm dan Skywarp!

Filem BUMBLEBEE bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia pada 20 Disember 2018.

#Transformers #Bumblebee #OfficialTrailer #InternationalTrailer #Top10 #BuzzPopTV

(Sumber: @ParamountPictures)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...