“Manners. Maketh. Man!”
— Duke of Oxford, THE KING’S MAN, (2020).
Peminat tegar francais filem Kingsman dikejutkan semalam dengan trailer terbaru filem prekuel The King’s Man yang menonjolkan tarikh terbit barunya pada 18 September 2020. Pelajari tentang dunia The King’s Man dengan lebih lanjut melalui 15 imej rasmi daripada trailer tersebut di bawah:
- MESEJ BERKOD – Pada hari Sabtu bersamaan 20 Julai 2020, laman Twitter rasmi bagi filem The King’s Man (@KingsmanMovie) telah mentularkan sebuah mesej berkod yang mendedahkan bahawa trailer terbaru The King’s Man bakal diperlihatkan pada hari Ahad, 21 Julai 2020!
- TARIKH TERBIT BARU – Apabila trailer terbaru The King’s Man tertitis, ia menonjolkan tarikh terbit terbaru bagi filem prekuel ini iaitu 18 September 2020 di Amerika Syarikat (17 September 2020 bagi pawagam di seluruh Malaysia).
- MENGELAK PERCANGGAHAN – Untuk pembaca yang tidak arif, filem The King’s Man pada asalnya sepatutnya ditayangkan pada 14 Februari 2020 namun diubah ke bulan September 2020 oleh pihak Disney supaya filem Fox ini tidak bercanggah dengan apa-apa filem Disney pada bulan Februari 2020.
- ASAL-USUL KINGSMAN – Filem prekuel yang diarah oleh Matthew Vaughn ini bakal mendedahkan asal-usul organisasi Kingsman yang mula-mula ditubuhkan ketika Perang Dunia Pertama (194-1918) untuk membanteras anasir terkutuk pemerintah zalim dan sindiket penjenayah pada zaman itu!
- ADAPTASI KOMIK – Francais filem Kingsman adalah berdasarkan siri komik The Secret Service (2012-2018) nukilan penulis tersohor Mark Millar dan artis legenda Dave Gibbons, manakala filem The King’s Man adalah berdasarkan idea asal pengarah Matthew Vaughn tersendiri – dengan skrip yang ditulis oleh Matthew Vaughn (X-Men: First Class, Kingsman: The Secret Service) dan Karl Gajdusek (Oblivion, The Last Days of American Crime).
#Komen5KupangKu – Agak ironik jika dipikirkan bahawa penulis asal francais komik Kingsman, Mark Millar tidak dibenarkan untuk menyumbangkan ideanya kepada filem prekuel ini – kerana sejak dia menjual syarikat MillarWorld-nya kepada Netflix untuk jumlah sebanyak US$35 juta, Millar terikat dengan kontrak dan tidak boleh menghasilkan karya-karya baru bagi francais-francais bukan Netlfixnya yang pernah diadaptasikan menjadi filem seperti Wanted, Kingsman dan Kick Ass…
Namun begitu, aku menanti-nantikan adaptasi karya-karya komik Millar melalui Netflix nanti sebagai filem ataupun siri TV yang kini di dalam proses produksi seperti Empress, Huck, Sharkey the Bounty Hunter, Jupiter’s Legacy, American Jesus dan The Magic Order!
15 Imej HD Rasmi Dari Trailer THE KING’S MAN
Poster Dan Sinopsis THE KING’S MAN
“As a collection of history’s worst tyrants and criminal masterminds gather to plot a war to wipe out millions, one man must race against time to stop them. Discover the origins of the very first independent intelligence agency in The King’s Man.”
The Kingsman prequel stars Ralph Fiennes, Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Tom Hollander, Harris Dickinson, Daniel Brühl, with Djimon Hounsou, and Charles Dance.
Sinopsis Filem Prekuel THE KING’S MAN (2020)
Filem prekuel The King’s Man bakal disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 17 September 2020.
#SoalanCepumas
Apakah harapan anda untuk filem prekuel The King’s Man nanti yang berlatarkan Perang Dunia Pertama dan mendedahkan penubuhan asal organisasi Kingsman?
Bincangkan.