“Any dream worth having is a dream worth fighting for.”
– Professor Charles Xavier (Earth-616)
Tahukah anda bahawa siri komik X-MEN dianggap sebagai sebuah kegagalan oleh syarikat Marvel Comics di pasaran komik Amerika Syarikat zaman 1960an?
Sejurus selepas komik THE X-MEN #1 nukilan penulis legenda Stan Lee dan pelukis tersohor Jack Kirby terbit pada September 1963, mereka hanya berkerjasama untuk 18 isu sahaja lagi. Siri ini kemudiannya diteruskan oleh penulis muda Roy Thomas dan pelbagai pelukis sambilan bermula dengan isu X-MEN #20 (Mei 1966).
Tanpa sentuhan Lee dan Kirby yang agung, kualiti siri komik ini mula merudum dan peminat tegar Marvel Comics mula berpindah ke siri yang lain. Selepas beberapa tahun, ia menjadi satu daripada komik Marvel yang paling rendah terjual setiap bulan. Walaupun gabungan Roy Thomas dan pelukis legenda Neal Adams pada lewat tahun 1969 agak memberangsangkan, namun Marvel Comics membatalkan penerbitan siri komik ini dengan isu X-MEN #66 (Mac 1970).
Walaubagaimanapun, francais X-MEN zaman sekarang adalah satu-satunya siri terlaris Marvel Comics yang berjaya bukan sahaja di halaman komik namun berjaya di adaptasikan ke platform lain seperti siri televisyen, animasi, filem dan juga permainan video.
Apakah yang menyebabkan perubahan mendadak ini sejak pembatalannya pada tahun 1970? Ikuti 5 era penting di dalam sejarah 56 tahun penerbitan komik X-MEN di Marvel Comics:
1) Giant Size X-Men #1 (1975)
Tahukah anda bahawa GIANT SIZE X-MEN #1 (1975) menghidupkan kembali francais komik X-MEN di Marvel Comics selepas siri ini dibatalkan pada tahun 1970?
Rentasi masa balik ke 1975 dan pelajari bagaimana penulis berbakat Len Wein dan Chris Claremont serta artis tersohor Dave Cockrum dan John Bryne merevolusikan dunia X-MEN menjadi legenda di persada industri komik pada zaman 1970-an:
2) X-Men #1 (1993)
Tahukah anda bahawa X-MEN #1 (1993) masih memegang rekod penjualan komik USA terlaris di seluruh dunia dengan 8 juta naskah komik terjual?
Rentasi masa balik ke 1993 dan pelajari bagaimana penulis legenda Chris Claremont dan pelukis tersohor Jim Lee merevolusikan dunia X-MEN menjadi legenda di persada industri komik zaman 1990-an:
3) Age of Apocalypse (1995)
Tahukah anda bahawa kesemua komik berkumpulan X-MEN dibatalkan pada tahun 1995 dan direbootkan semula dengan enam isu #1 yang baru berlatarkan dunia alternatif AGE OF APOCALYPSE?
Rentasi masa balik ke 1995 dan pelajari bagaimana editor Bob Harass, penulis Mark Waid, Jeph Loeb, Scott Lobdell, Fabien Nicieza, Larry Hama serta artis tersohor Joe Madureira, Chris Bachalo, Roger Cruz dan Adam Kubert merevolusikan dunia X-MEN menjadi legenda di persada industri komik zaman 1990-an:
4) New X-Men #1 (2001)
Tahukah anda bahawa komik NEW X-MEN #1 memodenkan francais X-Men untuk abad ke-21 dengan pendekatan yang lebih realistik?
Rentasi masa balik ke 2001 dan pelajari bagaimana penulis tersohor Grant Morrison dan artis berbakat Frank Quitely merevolusikan dunia X-MEN menjadi legenda di persada industri komik pada awal milenium baru ini:
5) House of X #1 | Powers of X #1 (2019)
Tahukah anda bahawa kesemua komik bertemakan X-MEN (13 siri komik) dibatalkan pada bulan Jun 2019 dan diganti dengan hanya dua komik X-MEN mulai bulan Julai 2019 – HOUSE OF X dan POWERS OF X?
Untuk pembaca yang kurang arif, Jonathan Hickman telah berjaya membawa visi uniknya berkali-kali kepada watak-watak ikonik Marvel Comics sejak dia mula berkecimpung dengan komik Fantastic Four (2009-2012) dan Avengers (2012-2015) yang berakhir dengan ‘crossover’ epik melibatkan kesulurahan dunia Marvel Comics di dalam Secret Wars (2016).
Ikuti idelogi terbaru penulis tersohor Jonathan Hickman untuk membawa francais X-Men kepada alaf baru bagi dekad yang seterusnya:
“Since the release of X-MEN #1 (1963), there have been four seminal moments in the history of the X-Men – GIANT-SIZE X-MEN #1 (1975), X-MEN #1 (1991), AGE OF APOCALYPSE (1995) and NEW X-MEN #1 (2001). Four iconic comic series that introduced a new era for Marvel’s mutants and revolutionized the X-Men.
In HOUSE OF X | POWERS OF X, superstar writer Jonathan Hickman (SECRET WARS, AVENGERS, FANTASTIC FOUR) takes the reins of the X-Men universe – starting with Charles Xavier revealing his master plan for mutantkind… one that will bring mutants out of the shadow of mankind and into the light once more!”
Sinopsis Siri Komik 6-Isu HOUSE OF X | POWERS OF X
#SoalanCepumas
Siri komik 6-isu HOUSE OF X dan POWERS OF X diterbitkan oleh Marvel Comics dua kali sebulan mulai Julai 2019 sehingga September 2019. Anda kini boleh membeli isu pertama untuk kedua-kedua komik tersebut, ataupun membuat pra-tempahan bagi keseluruhan siri komik ini melalui The Last Comic Shop – Malaysia .
Sudahkah anda melayan isu pertama HOUSE OF X dan POWERS OF X? Apakah pendapat anda tentang idea-idea baru yang diusulkan oleh Jonathan Hickman di dalam isu sulung ini? Adakah visi Hickman membuatkan anda teruja untuk masa hadapan francais X-MEN di Marvel Comics dan Marvel Studios nanti?
Bincangkan.
#XMen #TheSeminalMoments #HouseOfX #PowersOfX #Reboot #MarvelComics #BuzzPopTV
(Sumber: @Marvel)