“If an injury has to be done to a man it should be so severe that his vengeance need not be feared.”
— Niccolo Machiavelli, THE PRINCE, (1532).
Pelajari tentang 5 fakta disebalik tabir filem political thriller tempatan, DAULAT yang kini disiarkan secara PERCUMA melalui pelantar penstriman iFlix!
- Dari Konsep Ke Realiti – Idea asal bagi filem DAULAT diilhamkan pada 11 April 2019. Daripada konsep asal kepada tarikh ditayangkan di iFlix, tenaga kreatif di Lacuna Pictures mengambil tempoh kurang daripada setahun – yang amat memberangsangkan bagi ‘orang baru’ dalam industri perfileman Malaysia!
- Bajet Kecil Tapi Produk Padu – Seperti filem ROH oleh Kuman Pictures yang hanya berbajetkan RM 360 ribu, filem DAULAT oleh Lacuna Pictures juga mempunyai bajet serendah RM 500 ribu. Di dalam industri perfileman tempatan di mana kebanyakan filem berbajetkan berjuta-juta namun kualiti produk hampeh, ini merupakan suatu nafas baru yang menyegarkan.
- Sentuhan Pertama – Filem DAULAT merupakan arahan sulung oleh sutradara Imran B Sheik, yang sebelum ini mencipta drama televisyen dunia guaman JIBRIL (NTV 7/Viu). Beliau belum pernah mengarah apa-apa warkah secara professional sebelum ini.
- Sesi Penggambaran Terhad – Sesi penggambaran bagi filem DAULAT hanyalah mengambil tempoh 14 hari, daripada tarikh 1 sehingga 14 Julai 2019.
- Strategi Bergenre Baru – Tenaga kreatif disebalik tabir filem DAULAT membuat perjudian strategik untuk mengetengahkan genre political thriller kerana ia sebuah subjek yang trending di minda masyarakat umum sejak GE14.
Poster Dan Sinopsis Filem DAULAT
Setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum, presiden MUNA, Hassan mengambil keputusan melantik Suri, anak didik politik beliau sebagai timbalan presiden parti.
Suri, dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamatnya tercapai, termasuklah memastikan MUNA memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun.
Sinopsis Filem DAULAT (2020)
Filem DAULAT kini disiarkan secara PERCUMA melalui pelantar penstriman iFlix sejak 6 April 2020.
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik LACUNA PICTURES serta filem DAULAT di:
Apakah pendapat anda sejurus selepas melayan filem political thriller, DAULAT di pelantar penstriman iFlix?
Bincangkan.