“Your mission, should you choose to accept…”
Pelakon Hayley Atwell yang lebih dikenali sebagai watak Peggy Carter daripada francais CAPTAIN AMERICA, mengakui melalui laman Instagramnya yang dia telah menerima peranan pelakon wanita utama untuk filem MISSION: IMPOSSIBLE 7 dan MISSION: IMPOSSIBLE 8!
Penulis-pengarah Christopher McQuarrie yang menjayakan MISSION: IMPOSSIBLE – FALLOUT akan pulang untuk menulis skrip serta mengarah sekuel MISSION: IMPOSSIBLE 7 dan 8 – yang menjanjikan kepulangan tunggak utama Tom Cruise serta pelaris francais Rebecca Ferguson.
Paramount Pictures telah mengesahkan bahawa sekuel bagi francais berumur 23 tahun ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 23 Julai 2021 (M:I7) dan 5 Ogos 2022 (M:I8).
#SoalanCepumas
Memandangkan Hayley Atwell diundang untuk berlakon selama dua sekuel, adakah ini bermaksud bahawa watak yang akan dimainkannya bakal memainkan peranan penting bagaikan watak antagonis Cipher (lakonan Charlize Theron) di dalam francais FAST AND FURIOUS?
Bincangkan.
#MissionImpossible#MI7#MI8#HayleyAtwell#ParamountPictures#BuzzPopTV
(Sumber: @wellhayley)