“Great Scott!!!”
— Doc Brown, BACK TO THE FUTURE, (1985).
Selepas kejayaan menyatukan semula barisan pelakon filem aksi kanak-kanak zaman 1980-an, The Goonies bulan lepas, pelakon komedi Josh Gad (Frozen, Beauty and the Beast) kini kembali dengan episod kedua siri video REUNITED APART! Sesi bualan telekonferens Zoom bulan ini mengumpul barisan pelakon filem BACK TO THE FUTURE untuk bercerita tentang pengalaman mereka memfilemkan trilogi Sci Fi ini 35 tahun lepas:
- 4:25 BTTF REUNION! – Barisan pelakon utama BACK TO THE FUTURE (1985), Michael J. Fox dan Christopher Lloyd bersatu kembali selepas 35 tahun – membincangkan sinergi di antara watak watak Marty McFly dengan Doc Brown!
- 7:35 LEA THOMPSON REMINISCES – Versi Ibu McFly yang manakah di dalam trilogi BACK TO THE FUTURE yang paling bermakna untuk pelakon Lea Thompson?
- 8:55 “THIS IS HEAVY…” – Pernahkah pelakon Michael J. Fox menggunakan tagline “This is Heavy…” di dalam 35 tahun selepas memfilemkan BACK TO THE FUTURE (1985)?
- 9:25 BOB G & BOB Z – Penulis skrip Bob Gale serta penulis/pengarah filem Robert Zemeckis membuatkan penampilan kameo!
- 10:20 ICONIC LINES – Pelakon Michael J. Fox, Christopher Llyod dan Lea Thompson melakonkan babak-babak ikonik daripada trilogi BACK TO THE FUTURE.
- 13:10 CLARA – Pelakon Mary Steenburgen yang mebawakan watak Clara Clayton, teman wanita Doc Brown di dalam filem BACK TO THE FUTURE 3 (1990) menyertai sesi bual telekonferens ini.
- 13:45 BTTF 3 TRAIN SEQUENCE – Bagaimanakah pengarah Bob Zemeckis memfilemkan babak keretapi bersama Clara di penghujung filem BACK TO THE FUTURE 3 (1990) tanpa efek digital ataupun inovasi teknologi green screen?
- 15:15 JENNIFER – Pelakon Elizabeth Shue yang mengambil alih watak Jennifer Parker dalam filem BACK TO THE FUTURE 2 (1990) membuatkan penampilan kameonya.
- 16:10 HUEY & SILVESTRI – Penyanyi lagu tema ikonik Power of Love daripada filem BACK TO THE FUTURE (1985), Huey Lewis (ketua kugiran rock era ’80-an Huey Lewis and the News) serta komposer tema-tema ikonik trilogi BACK TO THE FUTURE, Alan Silvestri menyertai sesi bual telekonferens.
- 17:15 ICONIC THEME SONG – Pengalaman komposer legenda Alan Silvestri menulis lagu tema utama untuk trilogi BACK TO THE FUTURE pada awal era ’80-an.
- 18:15 #1 BTTF Fan! – Fanatik trilogi BACK TO THE FUTURE #1, pengarah J.J. Abrams menyertai sesi bual telekonferens ini.
- 18:45 RICK & MORTY? – Apakah pendapat Michael J. Fox dan Christopher Lloyd tentang siri animasi popular RICK & MORTY yang memparodikan Doc & Marty daripada BACK TO THE FUTURE?
- 19:40 BTTF TRIVIA – J.J. Abrams memulakan sesi trivia BACK TO THE FUTURE bersama barisan pelakon dan tenaga kreatif yang terkumpul.
- 22:00 SEQUEL IDEAS? – Sekiranya sekuel BACK TO THE FUTURE difilemkan sekarang, tahun apakah yang Doc dan Marty patut lawat dan kenapa?
- 23:40 BTTF: THE MUSICAL? – Barisan pelakon muzikal BACK TO THE FUTURE: THE MUSICAL daripada Manchester’s Opera House mendendangkan lagu tema BTTF.
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan dunia hiburan zaman 1980-an di:
- #TriviaFilem – Barisan Pelakon Filem ’80-an THE GOONIES Kembali Bersatu
- #TriviaTV – Iklan TV Oleh Walmart Ini 100% Berunsurkan Budaya Pop Zaman ’80-an Yang Anda Pernah Minati!
- #TriviaTV – Tonton 5 Siri Kartun Popular Zaman 1980an Secara PERCUMA
- #TriviaTV – Seni Konsep HE-MAN AND THE MASTERS OF THE UNIVERSE!
- #TriviaFilem – Bagaimana Pencipta TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES Membazirkan US$14 Juta Pada Era 1990-an
Apakah pendapat anda tentang reunion barisan pelakon trilogi BACK TO THE FUTURE?
Bincangkan.