“What’s the point of having Fuck You-money, if you never say Fuck You!?”

— Bobby Axelrod, BILLIONS, (2016).

Siri TV sensasi Showtime, BILLIONS bakal kembali untuk musim kelimanya pada bulan Mei 2020 nanti – menjanjikan peperangan saraf yang lebih hebat di antara si kreatif dunia kewangan, Bobby “Axe” Axelrod (lakonan pemenang anugerah Emmy dan Golden Globe Damian Lewis) Vs. si pintar dunia perundangan, Chuck Rhoades (lakonan calon Oscar serta pemenang Emmy dan Golden Globe Paul Giamatti)!

  • ‘New Allies’ – Menurut penerbit eksekutif dan penyelia produksi Brian Koppelman, David Levien serta Andrew Ross Sorkin, musim kelima BILLIONS menambah dua watak baru yang akan mengukuhkan benteng perperangan di antara Axelrod vs. Rhoades:
  • Ratu ‘Psychological Warfare’ – Pemenang anugerah Emmy dan Golden Globe Julianna Margulies (THE GOOD WIFE, ER) menyertai barisan pelakon musim kelima BILLIONS sebagai watak Catherine Brant – seorang professor sosiologi daripada universiti Ivy League serta penulis buku terlaris: “She’s a conduit for Chuck Rhoades finding another side of himself. She comes from a place of nonjudgment and isn’t deterred by his behavior, which he finds quite enlightening.”
  • ‘White Knight’ – Calon anugerah Golden Globe Corey Stoll (HOUSE OF CARDS, ANT-MAN) pula memainkan watak Michael Prince, seorang otai dunia bisnes daripada luar bandar/perintis bisnes jenis impak sosial yang bakal menjadi duri di dalam daging Axelrod nanti: “He has that same competitive streak as Axe, but it’s tempered with this drive to do good. There’s a lot of conflict between Prince and other characters, but stronger than that is the fight within himself to reconcile being a capitalist and a good person.”
  • ‘Season 1 to 4 Recap’ – Untuk pembaca yang tidak arif, saluran Showtime telah menyediakan rumusan pendek siri TV popular BILLIONS daripada musim pertama sehingga musim keempat untuk rujukan anda:
  • ‘Season 5’ – Musim kelima BILLIONS akan disiarkan di saluran Showtime setiap hari Ahad, mulai 3 Mei 2020.

Treler-Treler Musim Kelima BILLIONS

  • Treler Acah (Feb 2020)
https://www.youtube.com/watch?v=UgBUkn2S2So
  • Treler Pertama (Mac 2020)
https://www.youtube.com/watch?v=gh1sTYIJoyQ
  • Treler Kedua (April 2020)
https://www.youtube.com/watch?v=aILMB1h8x7I

#Komen5KupangKu – Selepas siri TV popular GAME OF THRONES berakhir di HBO tempoh hari, pada pendapat aku hanya dua siri TV yang wujud sekarang dapat menandingi kelicikan politik tikam belakang serta perlakuan keji House Lannister… (1) Drama Korporat Dunia Media SUCCESSION daripada HBO serta (2) Drama Korporat Dunia Kewangan BILLIONS daripada Showtime!

Sekiranya anda teruja menonton filem DAULAT di iFLix tempoh hari ataupun peminat tegar siri TV politikus seperti HOUSE OF CARDS dan WEST WING, anda wajib menonton siri TV sensasi BILLIONS apabila ia pulang ke kaca TV anda nanti…

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain di BuzzPopTV:

Apakah harapan anda untuk edisi terbaru di dalam saga Axelrod Vs. Rhoades apabila musim kelima BILLIONS kembali?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...