“Be excellent to each other… and party on, dudes!”
— Bill & Ted, BILL & TED’S EXCELLENT ADVENTURE, (1989).
Pelakon Keanu Reeves dan Alex Winter kembali kepada watak-watak ikonik yang mula-mula melonjakkan nama mereka di persada Hollywood dengan treler acah pertama untuk penutup trilogi BILL & TED, filem Bill & Ted: Face The Music!
- BACK TO THE FUTURE – Untuk mereka yang kurang arif, ikuti video 6-minit di bawah yang merumuskan pengembaraan-pengembaraan Bill dan Ted merentasi masa di dalam filem Bill & Ted’s Excellent Adventures (1989) dan Bill & Ted’s Bogus Journey (1991).
- THE OLD BAND RETURNS – 31 tahun selepas pengembaraan pertama Bill & Ted’s Excellent Adventure, sekuel yang dinantikan ramai ini diilhamkan oleh penulis asal Bill & Ted iaitu Chris Matheson (A Goofy Movie) dan Ed Solomon (Men in Black, Now You See Me 2) bersama pengarah Dear Parisot (Galaxy Quest, Fun with Dick and Jane) serta penerbit Steven Soderbergh (Ocean’s Eleven, Erin Brockovich).
- THE PROPHECY AWAITS… – Francais Bill & Ted sudah berdekad tidak ke pawagam sejak sekuel terakhirnya Bill & Ted’s Bogus Journey ditayangkan pada tahun 1991. Walaupun francais ini disambungkan pada pertengahan era 1990-an dengan dua siri TV animasi dan satu siri TV live-action… Namun peminat tegar Bill & Ted sedunia mengharapkan bahawa suatu hari nanti Keanu Reeves dan Alex Winter akan pulang untuk menghidupkan kembali kedua watak ikonik ini yang mula-mula menjulangkan nama mereka di Hollywood!
- A DESTINY UNWRITTEN… – Kini 31 tahun selepas filem pertamanya, Keanu Reeves (yang berumur 55 tahun) dan Alex Winter (yang berumur 54 tahun) kembali untuk memaparkan apa terjadi sekiranya Bill & Ted yang kini berumur 50-an… masih belum berjaya memenuhi ramalan takdir yang diterima sejak mereka berumur 17 tahun lagi – untuk menubuhkan kugiran Wyld Stallyns yang bakal menulis lagu rock ikonik sehinggakan ia berjaya menyelamatkan keseluruhan alam semesta!
- BILL & TED X 2 – Pengembaraan William ‘Bill’ S. Preston Esq. (Alex Winter) dan Theodore ‘Ted’ Logan (Keanu Reeves) merentas masa kali ini akan disertai oleh kedua anak perempuan mereka – Thea Preston (pelakon Samara Weaving daripada filem Ready or Not dan Guns Akimbo) dan Billie Logan (pelakon Brigette Lundy-Paine daripada siri Atypical). Bill & Ted… Thea & Billie… 😅
#Komen5KupangKu – Aku tergelak sejenak apabila aku menyedari bahawa nama bagi kedua anak perempuan Bill dan Ted adalah mirror inversion kepada diri mereka sendiri – Bill menamakan anaknya Thea manakala Ted pula menamakan anaknya Billie… 🤔
Apakah yang terjadi kepada dua bayi lelaki yang mereka tonjolkan di penghujung filem Bill & Ted’s Bogus Journey – Little Ted dan Little Bill? Adakah mereka kini ditukar jantina menjadi Thea dan Billie? Adakah Bill & Ted masih berkahwin dengan kedua permaisuri yang mereka selamatkan dalam filem Bill & Ted’s Excellent Adventure?
Kami harap pelbagai persoalan yang timbul ini bakal terjawab oleh trailer-trailer baru Bill & Ted: Face the Music mendekati tarikh terbitnya nanti!
Plot Dan Sinopsis BILL & TED: FACE THE MUSIC
“The stakes are higher than ever for the time-traveling exploits of William ‘Bill’ S. Preston Esq. (Winter) and Theodore ‘Ted’ Logan (Reeves).
Yet to fulfill their rock and roll destiny, the now middle-aged best friends set out on a new adventure when a visitor from the future warns them that only their song can save life as we know it.
Along the way, they will be helped by their daughters, a new batch of historical figures, and a few music legends — to seek the song that will set their world right and bring harmony in the universe.”
Sinopsis BILL & TED: FACE THE MUSIC (2020)
Filem Bill & Ted: Face The Music bakal ditayangkan di pawagam di seluruh Amerika Syarikat mulai 20 Ogos 2020. Masih tiada indikasi bila filem ini akan ditayangkan di Malaysia setakat ini.
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Pop Culture era 1980-an dan 1990-an di:
- #TriviaFilem – Barisan Pelakon Trilogi BACK TO THE FUTURE Bertemu Kembali!
- #TriviaFilem – Barisan Filem Legenda 80-an THE GOONIES Kembali Bersatu!
- #TriviaTV – Tonton 5 Siri Kartun Popular Zaman 1980an Secara PERCUMA
- #TriviaFilem – Iklan #SUPERBOWL2020 WALMART Dipenuhi Easter Egg Filem Hollywood Zaman 1980-an
- #TriviaFilem – Bagaimana Pencipta TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES Membazirkan US$14 Juta Pada Era 1990-an
Apakah harapan anda untuk kepulangan pelakon Keanu Reeves dan Alex Winter kepada francais BILL & TED melalui filem Bill & Ted: Face The Music nanti?
Bincangkan.