“I’m the one they should be scared of — not you, not Mistah J, because I’m Harley frickin’ Quinn!!!”

— Harley Quinn, BIRDS OF PREY (AND THE FANTABULOUS EMANCIPATION OF ONE HARLEY QUINN).

Treler pertama filem adiwira DCEU yang berjudul BIRDS OF PREY (AND THE FANTABULOUS EMANCIPATION OF ONE HARLEY QUINN) tertiris awal minggu ini – menerima cemuhan daripada kebanyakkan peminat tegar DC Comics kerana tidak serupa dengan versi daripada halaman komik Birds of Prey.

Masih Nama Filem Adiwira Terpanjang Di Dunia!

Cuba anda tonton sendiri treler rasmi ini dan beritahu kepada kami pendapat anda di dalam ruangan komen di bawah…

1. Kehilangan Watak Barbara Gordon

Untuk peminat yang tidak arif, versi Birds of Prey daripada halaman komik di DC Comics sejak tahun 1996 lagi sememangnya diketuai oleh Barbara Gordon a.k.a. Batgirl a.k.a. Oracle dengan Black Canary. Ahli-ahli lain sentiasa bertukar ganti daripada tahun ke tahun yang seterusnya, namun Barbara Gordon dan Black Canary adalah tunjang utama kumpulan adiwira ini…

Punca utama ketidakpuasan hati peminat tegar DC Comics dengan adaptasi filem Birds of Prey ini adalah kehilangan watak Barbara Gordon sama sekali – yang diganti oleh watak Harley Quinn sebagai penjana pemasaran adaptasi ini.

2. Kehilangan Topeng Black Mask

Selain daripada itu, antagonis utama bernama Black Mask lakonan Ewan McGregor yang tidak memakai topeng trademark hitamnya, menimbulkan persoalan sama ada pengarah indie Cathy Yan akan setia kepada sumber asal…

Masalah pelakon Hollywood dan topeng berterusan…

Acapkali di dalam 20 tahun ini sejak filem adiwira menjadi filem-filem blokbuster yang meraih kejayaan di pasaran box office sedunia, apabila pelakon popular menyandang watak komik – mereka selalunya membuka topeng di dalam filem berkali-kali ataupun tidak memakainya terus!

Macamlah penonton tidak mengenali mereka disebalik topeng watak adiwira mahupun antagonis yang dimainkan oleh mereka… Selain daripada pelakon Karl Urban di dalam filem adapatasi komik DREDD (2012), kesemua pelakon Hollywood menghidapi penyakit tidak suka berlakon memakai topeng. 😅

3. Percaturan Populariti Harley Quinn dan Margot Robbie

Apa akan terjadi sekiranya star power Margot Robbie tidak cukup untuk membawa penonton umum ke panggung pada hujung minggu pembukaan pertamanya nanti?

Ya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pelakon dan penerbit eksekutif Margot Robbie yang popular di Hollywood sekarang, menggunakan star powernya untuk menjadi daya penarik penonton umum kepada pawagam nanti. Namun apabila ia bercambah dengan sumber asal – adakah adaptasi ini masih relevan?

“Following Batman’s disappearance, Gotham City is left unprotected. It is now up to Harley Quinn, who has split up with the Joker, to protect Cassandra Cain when the young girl gets into trouble after finding a diamond that belongs to crime lord Black Mask. Black Canary, Huntress and Renee Montoya team up with Harley to help protect Cassandra.”

Sinopsis BIRDS OF PREY (AND THE FANTABULOUS EMANCIPATION OF ONE HARLEY QUINN)

Filem BIRDS OF PREY (AND THE FANTABULOUS EMANCIPATION OF ONE HARLEY QUINN) bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Februari 2020. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang BIRDS OF PREY serta semesta sinematik DCEU di www.buzzpop.tv!

#SoalanCepumas

Apakah pendapat anda tentang treler rasmi pertama BIRDS OF PREY? Siapakah watak adiwira BIRDS OF PREY yang anda nanti-nantikan untuk beraksi di layar perak?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...