“There is valid concern that COVID-19 will limit theatrical attendance globally, whether driven by theater closures, capacity limitations, or fear of contamination. If theater closures persist beyond June 2020, some exhibitors will face pressure to meet debt service.”
— Michael Pachter, Analyst, Wedbush Securities.
TERKINI: Disney telah mengumumkan penangguhan tayangan filem BLACK WIDOW – yang sepatutnya ditayangkan di seluruh dunia mulai 1 Mei 2020 – kepada tarikh baru yang masih belum ditentukan, kerana perkembangan terbaru wabak Covid-19 (Coronavirus) yang semakin menular secara global.
- Disebabkan perintah kuarantin di Amerika Syarikat berkuat kuasa awal minggu ini, pawagam diseluruh negara tersebut mengumumkan penutupan untuk sementara waktu.
- Mulai Selasa, 17 Mac 2020 dua francais pawagam terbesar di Amerika Syarikat – AMC Theatres (1000+ pawagam) dan Regal Cinemas (543 pawagam) – menutup kesemua pawagam mereka diseluruh negara.
- Francais pawagam ketiga terbesar di Amerika Syarikat, Cinemark mengumumkan penutupan kesemua 345 pawagam mereka mulai Rabu, 18 Mac 2020.
- Di Malaysia, ketiga-tiga francais pawagam terbesar – GSCinemas, TGV Cinemas dan MBO Cinemas telah mengumumkan penutupan kesemua pawagam mereka mulai 18-31 Mac 2020.
- Selain filem BLACK WIDOW (tarikh terbit asal: 1 Mei 2020), MULAN (tarikh terbit asal: 26 Mac 2020) dan NEW MUTANTS (tarikh terbit asal: 3 April 2020); Disney juga telah mengumumkan penangguhan filem THE PERSONAL HISTORY OF DAVID COPPERFIELD (tarikh terbit asal: 8 Mei 2020) oleh Searchlight Pictures dan WOMAN IN THE WINDOW (tarikh terbit asal: 15 Mei 2020) oleh 20th Century – ke tarikh terbit di masa hadapan yang masih belum ditentukan.
- Setakat ini Disney masih belum membuat pengumuman penangguhan bagi filem ARTEMIS FOWL (tarikh terbit: 29 Mei 2020) dan Pixar’s SOUL (tarikh terbit: 19 Jun 2020).
#Komen5KupangKu – Filem BLACK WIDOW merupakan pembuka tirai Fasa Keempat MCU, dengan filem ETERNALS yang bakal terbit pada 6 November 2020 nanti menyambungkan saga MCU tahun ini.
Sekiranya penutupan pawagam di Amerika Syarikat berterusan melepasi penghujung April 2020 sehinggakan ke musim panas, ada kemungkinan ini akan menggangu Fasa Keempat MCU yang telah dipelan oleh Kevin Feige daripada tahun 2020-2021 – melewatkan Fasa Kelima MCU yang dipelan daripada tahun 2022 kehadapan!
Adakah Disney bakal menggunakan pelantar penstriman Disney+nya sebagai satu alternatif untuk mengedarkan filem-filem MCU ke seluruh dunia nanti?
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik COVID-19 serta BLACK WIDOW di:
- #TriviaKomik – WONDERCON 2020 Ditangguhkan, SAN DIEGO COMIC-CON 2020 Mungkin Ditangguh Juga
- #TriviaTV – 15 Produksi Siri TV Hollywood Yang Terjejas Kerana Coronavirus
- Kompilasi Kesemua Treler BLACK WIDOW Setakat Ini!
- #TriviaKomik – Kenali Antagonis Utama Filem BLACK WIDOW – TASKMASTER!
- #TriviaKomik – Kenali The Red Guardian Daripada Filem BLACK WIDOW!
#SoalanCepumas
Apakah pendapat anda sekiranya filem BLACK WIDOW diedarkan kepada seluruh dunia melalui pelantar penstriman Disney+ tahun ini?
Bincangkan.