Sesi penggambaran untuk BLACK WIDOW, filem pertama daripada Fasa Keempat Marvel Cinematic Universe (MCU) sudah pun bermula apabila gambar-gambar pelakon Scarlett Johansson in-costume sebagai watak ejen Natasha Romanoff mula membanjiri laman media sosial semalam!
Produksi BLACK WIDOW yang mempunyai kod nama “Blue Bayou” kini di lokasi kampung nelayan bernama Sæbø, di Sunnmøre, pantai barat Norway – yang menjadi ganti untuk perkampungan Russia di mana Romanoff mempelajari untuk menjadi perisik elit.
Dengan kematian watak Romanoff di dalam filem AVENGERS: ENDGAME, ramai peminat tegar MCU ingin mengetahui bilakah pada aliran masa utama MCU berlakunya peristiwa di dalam filem ini?
Ramai membuat spekulasi bahawa filem ini bakal menjadi sebuah prekuel yang meneroka peristiwa sebelum Black Widow diperkenalkan di dalam filem IRON MAN 2. Namun, ada juga ura-ura yang menteorikan bahawa filem ini berlaku selepas peristiwa di dalam filem CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR.
Barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah pelakon David Harbour (Stranger Things, Hellboy), termasuk Florence Pugh (Fighting With My Family) dan juga Rachel Weiss (The Mummy) memainkan watak-watak yang tidak dinyatakan lagi setakat ini.
Di arah oleh sutradara Cate Shortland (SMILF, Berlin Syndrome) berdasarkan skrip nukilan Jac Schaeffer (Captain Marvel), filem BLACK WIDOW bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 May2020!
(Sumber: @morenytt)