“I am… A great Orc!”

— Nick Jackoby, BRIGHT, (2017).

Laman Deadline.com mendedahkan secara eksklusif bahawa Netflix kini di dalam proses perundingan dengan sutradara Louis Leterrier (Now You See Me, Clash of the Titans) untuk mengarah filem BRIGHT 2 – sekuel kepada filem Netflix tahun 2017 yang memulakan aspirasi pelantar penstriman ini untuk menjanakan lebih banyak filem dan bukan sahaja siri TV!

  • GOODBYE AYER, HELLO LETERRIER! – Pengarah David Ayer (Suicide Squad, End of Watch) yang memfilemkan Bright (2017) sepatutnya mengarah sekuelnya, tetapi terpaksa meninggalkan projek ini untuk memfokuskan kepada filem reboot Dirty Dozen bagi Warner Bros, serta projek-projek lain di Netflix.
Pelakon Joel Edgerton dan Will Smith bakal kembali untuk filem Netflix BRIGHT 2!
  • DUNIA FANTASI MODEN – Sekuel Bright bakal menggandingkan semula pelakon Will Smith dan Joel Edgerton sebagai duo anggota polis manusia dan orc di Los Angeles yang juga didiami pelarian daripada dunia fantasi – seperti fairies, orcs, dan elves. Untuk sekuel ini Ward dan Jakoby bakal menghadapi ancaman fantasti yang bersifat antarabangsa.
  • REKOD NETFLIX 2017 – Netflix telah berhajat untuk memfilemkan sekuel Bright sejak tahun 2018 lagi setelah filem asalnya memecahkan rekod Netflix untuk 2017 dengan tontonan sebanyak 60 juta orang pada minggu pertamanya ditayangkan!
Apakah ancaman antarabangsa yang bakal dihadapi Jakoby dan Ward di dalam BRIGHT 2 nanti?
  • REKOD NETFLIX 2020 – Namun, rekod tersebut telah pun dipecahkan oleh filem Netflix Extraction baru-baru ini yang berjaya meraih rekod tontonan baru sebanyak 90 juta orang pada empat minggu pertamanya.
  • TENAGA KREATIF BRIGHT 2 – Penulis skrip asal Max Landis tidak akan pulang untuk sekuel ini. Sebaliknya skrip Bright 2 telah ditulis oleh David Ayer dan Evan Spiliotopoulos dengan penulisan semula oleh T.S. Nowlin. Produksi sekuel ini bakal dimulakan sejurus selepas sesi penggambaran boleh dilakukan di dalam keadaan wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus).

#Komen5KupangKu – Pada aku, pemilihan pengarah Louis Leterrier yang telah berjaya merebootkan The Incredible Hulk (2008) untuk Marvel Studios serta francais The Dark Crystal: Age of Resistance (2019) untuk Netflix adalah satu tindakan bijak! Leterrier telah membuktikan yang dia boleh membawa nafas baru kepada francais-francais IP yang lesu dengan pelaksanaan sekuel yang lebih inovatif daripada karya asal…

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan pelantar penstriman Netflix di:

Apakah pendapat anda tentang pengarah Louis Leterrier mengambil alih kerusi pengarah bagi filem Netflix BRIGHT 2 daripada David Ayer serta pemergian penulis skrip asal BRIGHT, Max Landis?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...