Ini lah jadinya sekiranya SUPERMAN berjiwa penjahat…
BRIGHTBURN ialah projek terbaru daripada sutradara dan penulis tersohor James ‘GUARDIANS OF THE GALAXY’ Gunn, sebuah filem bergenre horror yang serumpun dengan karya-karya Gunn sebelum ini seperti THE BELKO EXPERIMENT dan SLITHER.
Diarah oleh sutradara David Yarovesky (The Hive) berdasarkan idea asal James Gunn serta skrip daripada Brian Gunn dan Mark Gunn, BRIGHTBURN adalah satu-satunya filem adiwira bergenre horror di dunia! Sebuah projek yang James Gunn sendiri akui sebagai – “a personal, different, perfectly suited for our times [and], yes, terrifying!”.
What if a child from another world crash-landed on Earth, but instead of becoming a hero to mankind, he proved to be something far more sinister?
Sinopsis filem BRIGHTBURN
#Komen5KupangKu– Penulis berpendapat bahawa dalam tempoh 1 hingga 3 tahun ini, pengarah James Gunn menunjukkan kepada CEO Disney, Alan Horn betapa berpikiran jangka pendeknya dia kerana memecat Gunn daripada Disney/Marvel kerana kontroversi Twitter tahun 2018 tempoh hari…
Yang patah tumbuh, yang hilang berganti…