“I’m a kind person, I’m kind to everyone, but if you are unkind to me, then kindness is not what you’ll remember me for.”
— Al Capone, (1899 – 1947).
Setelah lama menyepi, pengarah filem penuh kontroversi FANT4STIC FOUR, Josh Trank kembali ke persada Hollywood dengan warkah terbarunya CAPONE yang memaparkan pelakon Tom Hardy (VENOM, MAD MAX: FURY ROAD) sebagai gangster terulung Amerika Syarikat pada zaman 1920-an, Al Capone di penghujung hayatnya.
- Syarikat Vertical Entertainment dan Redbox Entertainment akan menerbitkan drama jenayah ini (yang dikenali sebagai FONZO semasa sesi penggambarannya) melalui pelantar penstriman digital Video-On-Demand (VOD) pada 12 Mei 2020.
- Filem biografi ini berlatarkan penjara United States Penitentiary di Atlanta, 10 tahun selepas Capone dipenjarakan – apabila gangster berumur 47-tahun ini mula menderita daripada penyakit demensia dan dihantui masa lalunya yang penuh keganasan.
- Dimulakan sejak tahun 2016 lagi, projek tergendala ini merupakan filem pertama Trank selepas kegagalan besarnya dengan filem FANT4STIC FOUR (2015) di pasaran box office sedunia.
- Sehingga kini, Trank masih berkeras bahawa studio 20th Century Fox telah menukar final cut filem FANT4STIC FOUR dengan reshoots dan percaya bahawa versi Director’s Cut-nya lebih bagus daripada apa yang penonton terpaksa alami di pawagam sedunia!
- Untuk pembaca yang tidak arif, pengarah Josh Trank mula menempa nama di Hollywood melalui filem adiwira uniknya, CHRONICLE (2012) yang menerokai genre adiwira melalui format perfileman – found footage.
#Komen5KupangKu – Sekiranya kegagalan besar filem FANT4STIC FOUR di pasaran box office sedunia menghantar Josh Trank ke ‘Penjara Pengarah’ di kalangan studio-studio Hollywood, maka aku mengharapkan bahawa CAPONE yang ditulis dan diarah oleh Trank sendiri akan menjadi filem comeback-nya!
Foto BTS Dan Sinopsis CAPONE
“A ruthless businessman and bootlegger who ruled Chicago with an iron fist, Al “Fonzo” Capone (Tom Hardy) was the most infamous and feared gangster of American lore.
At the age of 47, following nearly a decade of imprisonment, dementia rots Capone’s mind and his past becomes present as harrowing memories of his violent and brutal origins melt into his waking life.”
Sinopsis Filem CAPONE (2020)
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik treler filem dan siri TV daripada Hollywood di:
- Kompilasi Kesemua Treler BLACK WIDOW Setakat Ini!
- #SUPERBOWL2020 – THE ROAD TO F9 Concert & Trailer Drop
- Treler A QUIET PLACE: PART II Menjanjikan Anasir Jahat Baru!
- Bolehkah Pelakon Komedi Chris Rock Reboot Francais Horror SAW Menjadi Kejayaan Kembali Di Box Office Sedunia?
- #TriviaTV – Treler Acah STRANGER THINGS Musim Ke-4 Menjawab Persoalan Utama Di Penghujung Musim Ke-3
Apakah pendapat anda tentang treler rasmi pertama CAPONE lakonan Tom Hardy?
Bincangkan.