#EKSKLUSIF – Sejurus selepas kejayaan acara AVENGERS: INFINITY WAR  oleh Marvel Studios pada bulan April tahun lepas, barisan pelakon utama untuk filem CAPTAIN MARVELBrie Larson (Carol Danvers/Captain Marvel), Samuel L. Jackson (Nick Fury) dan Gemma Chan (Minn-Erva) serta pengarah duo dinamik disebalik adaptasi ini, Anna Boden dan Ryan Fleck – bakal menakluki Marina Bay Sands, Singapura pada hari Khamis, 14 Februari 2019!

The Walt Disney Company couldn’t be happier to bring Marvel fans in South Asia closer to their heroes once again. The love for all things Marvel in this region is truly incredible and, working closely with our partners at Marina Bay Sands, we‘re looking forward to a spectacular Captain Marvel Fan Event,” 

—Tom Batchelor, Vice President of Studio, Live Entertainment and Music at The Walt Disney Company (South Asia).

“The Marina Bay Sands and Disney collaboration sets new benchmarks in entertainment with each event, as the only Asian stop for this talent tour, we can’t wait to show fans what we’ve got in store for them this February.”

—George Tanasijevich, President and Chief Executive Officer of Marina Bay Sands

Untuk memeriahkan majlis, peminat-peminat tegar CAPTAIN MARVEL dan Marvel Cinematic Universe (MCU) dari seluruh pelusuk Asia Tenggara dijemput untuk menghadiri acara yang terbuka kepada khalayak ramai ini di Sands Expo and Convention Centre pada hari Khamis, 14 Februari 2019.

Oleh kerana had kapasiti Marina Bay Sands dan kepentingan keselamatan pada hari tersebut, kesemua peserta diminta untuk melalui proses pra-pendaftaran dan mengumpul tiket mereka secara fizikal pada hari Ahad, 10 Februari 2019 di Sands Expo and Convention Centre, Tingkat B2, Dewan F.

Proses pendaftaran akan bermula pada pukul 10 pagi pada hari Ahad, 10 Februari 2019 dan akan berlangsung sehinggalah kesemua tiket telah ditebus sepenuhnya. Penting untuk difahami bahawa peminat tegar mesti mempunyai akaun tiket Marina Bay Sands ataupun SISTIC yang sah sebelum dapat mendaftarkan diri mereka untuk acara ini.

Sekiranya anda warganegara Malaysia yang tidak mempunyai akaun tiket Marina Bay Sands ataupun SISTIC sebelum ini, anda disarankan untuk mendaftarkan diri anda untuk akaun tersebut terlebih dahulu dengan mengklik pada pautan ini – http://po.st/MBSSignUp

Captain’s Order!

Faktor-Faktor Penting Yang Perlu Diingati Untuk Proses Pra-Pendaftaran dan Penebusan Tiket (10 Februari 2019):

  • Sekeping Foto ID (Passport ataupun NRIC) diperlukan untuk membuat pendaftaran secara fizikal.
  • Sebuah akaun tiket Marina Bay Sands ataupun SISTIC yang sah diperlukan untuk membuat pendaftaran.
  • Untuk tujuan keselamatan, acara ini akan mempunyai had kapasiti untuk bilangan peminat yang dibenarkan kedalam kawasan Fan Event. Oleh itu, tiket acara ini akan diberi berdasarkan ‘first-come-first-served basis’.
  • Peserta perlu hadir secara fizikal untuk membuat pendaftaran bagi diri mereka sendiri, dan tidak boleh mendaftar atau mewakili orang lain.
  • Tiket anda tidak boleh dipindah milik dan perserta yang sudah berdaftar mungkin akan melalui proses semakan pengesahan ID pada hari acara tersebut berlangsung. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menafikan akses kepada mereka yang mempunyai tiket pindah milik, palsu ataupun rosak.
  • Acara ini tidak mempunyai had umur – tetapi kanak-kanak berumur 13 tahun kebawah dikehendaki disertai bersama dengan ibu bapa ataupun penjaganya.
  • Maklumat tentang kemasukan kepada acara Fan Event akan diberi ketika menebus tiket pada hari pra-pendaftaran.
  • Khalayak ramai yang menyertai acara ini akan tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan.

Untuk maklumat lanjut perihal proses pra-pendaftaran, anda disarankan untuk mengklik pada pautan ini www.MarinaBaySands.com/CaptainMarvel Ikuti perbualan tentang acara ini diatas talian dengan mencari #CaptainMarvelFanEvent, @marinabaysands ataupun mengikuti Facebook Event Page rasmi untuk acara ini!

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...