Imej-imej untuk patung CAPTAIN MARVEL versi ‘deluxe’ berskala 1:6 baru sahaja ditularkan oleh Hot Toys. Tambahan terbaru kepada Siri ‘Movie Masterpiece’ ini dihasilkan oleh pakar pemahat Hot Toys berdasarkan penampilan pelakon Brie Larson sebagai Carol Danvers/Captain Marvel di dalam filem ke-21 Marvel Studios.
Figura aksi yang penuh terperinci ini mempunyai dua jenis kepala yang boleh ditukar ganti – termasuk satu yang tidak bertopeng dan mirip bagaikan pelakon Brie Larson, serta satu lagi yang bertopeng dengan fungsi nyalaan LED untuk menonjolkan kuasa Captain Marvel.
Selain daripada itu, terdapat juga dua jenis rambut Mohawk yang boleh ditukar ganti, lengan-lengan yang mempunyai fungsi nyalaan LED, seragam yang dijahit di dalam warna merah dan biru bersama lambang bintang emas di dada, pelbagai efek tembakan-kuasa sebagai aksesori yang boleh dipakai di tangannya, dan sebuah ‘figure stand’ untuk memaparkan figura aksi ini dalam posisi penerbangan!
Figura aksi CAPTAIN MARVEL versi ‘deluxe’ oleh Hot Toys ini termasuk dengan seekor patung Goose the Cat, sepasang jaket penerbangan Bomber dan aksesori efek tembakan yang lebihan secara eksklusif.
Filem CAPTAIN MARVEL bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 7 Mac 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!
(Sumber: @hottoysofficial )