“Worlds lived, worlds died. Nothing will ever be the same.”

— CRISIS IN INFINITE EARTHS, Finale, (2020).

TERKINI: Pelakon Stephen Amell (Arrow) mentularkan melalui laman Twitternya treler terbaru bagi finale CRISIS ON INFINITE EARTHS yang bakal pulang ke kaca televisyen (TV) anda mulai 14 Januari 2020.

Selepas siri TV crossover CRISIS ON INFINITE EARTHS berakhir dengan babak cliffhanger yang amat mengejutkan di penghujung Part 3 (episod THE FLASH pada 10 Disember 2019), peminat tegar Arrowverse menantikan kepulangan crossover ini dengan setia. Kini, penantian itu bakal berakhir dan nampaknya ada beberapa lagi kejutan yang boleh dijangkakan…

Di laman Twitter, penerbit CRISIS ON INFINITE EARTHS Marc Guggenheim menegaskan bahawa peminat tegar Arrowverse tidak patut mengharap apa-apa lagi spoiler akan didedahkan – selain daripada babak-babak yang disiarkan di dalam treler di atas – sebelum crossover ini disiarkan pada hari Selasa, 14 Januari 2020.

“We don’t plan to. We’ve decided to let the surprises be just that.”

Marc Guggenheim, Penerbit, CRISIS ON INFINITE EARTHS

Poster Dan Sinopsis CRISIS ON INFINITE EARTHS Finale

Pada penghujung episod “Crisis on Infinite Earths, Part 3” penjahat Anti-Monitor telah berjaya menghancurkan keseluruhan multiverse. Hanya 7 adiwira di dalam kesemua realiti yang terselamat daripada malapetaka ini – The Seven Paragons – yang menyorok pada Vanishing Point di akhir zaman. Walaupun Kingdom Come Superman adalah satu daripada Paragons yang terselamat, namun Lex Luthor telah menulis semula realiti untuk memastikan dia yang sebaliknya hidup!

Kini, enam hero (dan satu penjahat) adalah harapan terakhir keseluruhan multiverse.

THE EARTH-SHATTERING “CRISIS ON INFINITE EARTHS” CROSSOVER CONCLUDES — “Worlds lived, worlds died. Nothing will ever be the same.”

Sinopsis CRISIS ON INFINITE EARTHS Finale

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik CRISIS ON INFINITE EARTHS, saluran The CW dan DC Comics di:

#SoalanCepumas

CRISIS ON INFINITE EARTHS bakal kembali ke kaca TV anda pada hari Selasa, 14 Januari 2020 di dalam dua segmen – episod Arrow pada pukul 8 p.m. ET/PT dan episod DC’s Legends of Tomorrow pada 9 p.m. ET/PT.

Apakah harapan anda untuk pengakhiran siri crossover CRISIS ON INFINITE EARTHS nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...