“The lion cannot protect itself from traps. And the fox cannot defend itself from wolves. One must therefore be a fox to recognize traps, and a lion to frighten wolves”

— Niccoló Machiavelli, THE PRINCE, (1532).

Treler acah untuk filem political thriller DAULAT ditularkan minggu lepas – yang secara purata menerima maklum balas positif daripada peminat tegar filem tanahair di laman media sosial, serta mengingatkan penulis kepada siri televisyen (TV) popular HOUSE OF CARDS.

Nikmati pandang pertama nukilan sulung Imran Sheik (siri TV Jibril) – yang dibintangi oleh Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya, Cristina Suzzane, dan Zul Zamir.

Temui Catur-Catur Politikus DAULAT

Kenali barisan pelakon A-list yang bakal memainkan watak-watak penting di dalam sandiwara politikus DAULAT pada tahun hadapan nanti:

‘The King’
‘The Queen’
‘The Bishop I’
‘The Bishop II’
‘The Pawn I’
‘The Pawn II’

Poster Dan Sinopsis Filem DAULAT

Setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum, presiden MUNA, Hassan mengambil keputusan melantik Suri, anak didik politik beliau sebagai timbalan presiden parti.

Suri, dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamatnya tercapai, termasuklah memastikan MUNA memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun.

Sinopsis Filem DAULAT (2020)

Di pawagam seluruh Malaysia pada pertengahan tahun 2020.

#SoalanCepumas

Apakah yang anda harapkan untuk filem political thriller DAULAT nanti, berdasarkan treler acah yang tertular minggu lepas?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...