“After 25 years, DC and Diamond Comic Distributors are ending their long-standing relationship. DC continues to be committed to providing the Direct Market with best in class service and the fans with the world’s greatest comic books.”
— DC Comics, THR.com, (Jun 2020).
TERKINI: Selepas 25 tahun berkerjasama, syarikat penerbitan DC Comics mengumumkan bahawa ia tidak akan mengedarkan komik-komiknya keseluruh dunia menggunakan syarikat pengedaran Diamond Comics Distributors lagi!
- KEJUTAN SEISMIK – Di dalam satu perubahan seismik bagi industri penerbitan komik di Amerika Syarikat, DC Comics mengumumkan melalui e-mel kepada peruncit komik sedunia bahawa ia telah memutuskan hubungan perniagaan dengan Diamond Comic Distributors – monopoli yang mengedarkan komik Amerika Syarikat kepada seluruh dunia sejak 1995 lagi!
- VISI DC – Menurut e-mel tersebut: “We recognize that, to many of you, this may seem like a momentous decision. However, we can assure you that this change in DC’s distribution plans has not been made lightly and follows a long period of thought and consideration. The change of direction is in line with DC’s overall strategic vision intended to improve the health of, and strengthen, the Direct Market as well as grow the number of fans who read comics worldwide.”
- PERALIHAN KUASA – E-mel tersebut menambah: “In the near term, Diamond will only be fulfilling orders placed through June 1 Final Order Cut-Off and will not solicit the sale of new DC titles further. To ensure a smooth transition for retailers, DC will suspend Final Order Cut-Off for June 8, making those books available to order on Final Order Cut-Off on June 15.”
- KOLABORASI BARU – Kini, kesemua pesanan bagi produk-produk DC Comics akan dipenuhi oleh:
- syarikat Lunar Distribution dan UCS Comic Distributors untuk siri komik bulanan,
- manakala syarikat Penguin Random House akan mengedarkan novel grafik serta edisi koleksi keseluruh dunia.
- BERCERAI-BERAI – Punca penceraian DC Comics daripada Diamond Comic Distributors bermula apabila Diamond menghentikan pengedaran komik keseluruh dunia pada bulan Mac 2020 kerana wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus), diikuti pengumuman Diamond menahan pembayaran kepada penerbit komik kerana masalah kewangan – menyebabkan DC terpaksa mencari pengedar alternatif.
#Komen5KupangKu – Pada pendapat aku, memang sudah sampai masanya monopoli pengedar Diamond Comics Distributors dihentikan!
Keputusan DC Comics ini bermaksud Diamond Comics Distributors akan kehilangan penerbit kedua terbesar di Amerika Utara – yang memegang 30% pasaran komik Amerika Syarikat pada tahun 2019. Ini sememangnya akan mempunyai kesan berpanjangan bagi Diamond Comics Distributor nanti…terutamanya dengan masalah kewangannya kini.
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik DC Comics di:
- #TriviaKomik – Diamond Comic Distributors Hentikan Pengedaran Komik Amerika Syarikat Ke Seluruh Dunia
- #TriviaKomik – Timeline Terbaru DC Comics Bermula Dengan WONDER WOMAN #750 Yang Menjadikan DIANA Adiwira DC Pertama!
- #TriviaKomik – Tahukah Anda Bahawa Tiga JOKER Berlainan Wujud Di Dalam Semesta DC Comics?
- #TriviaTV – Temui Ahli-Ahli Terbaru JUSTICE SOCIETY OF AMERICA Daripada Siri TV DC Universe STARGIRL
- #KakiMenan – Pandang Pertama 5 Figura Aksi DARK KNIGHTS: METAL DC Multiverse Daripada McFarlane Toys
Apakah pendapat anda tentang pengumuman penceraian DC Comics daripada Diamond Comics Distributors?
Bincangkan.