Warner Bros telah membuat pengumuman rasmi melalui #DCULiveStream yang dihoskan oleh penulis-pengarah tersohor Kevin Smith bahawa pelantar kandungan digital mereka, DC UNIVERSE bakal terbit diseluruh Amerika Syarikat pada 15 September 2018 – juga dikenali sebagai hari ulangtahun BATMAN DAY !
https://youtu.be/VYblm-LuTB4?t=30m36s
Servis penstriman DC UNIVERSE akan menyiarkan kandungan asal yang eksklusif kepada pelantar ini seperti siri tv aksi hidup TITANS, DOOM PATROL dan SWAMP THING serta siri animasi YOUNG JUSTICE: OUTSIDERS dan HARLEY QUINN.
Selain daripada itu, pelanggan bulanan juga akan mendapat akses kepada kandungan klasik daripada arkib DC seperti trilogi BATMAN oleh Christopher Nolan, siri filem SUPERMAN lakonan Christopher Reeves, siri tv LOIS & CLARK: THE NEW ADVENTURES OF SUPERMAN, BATMAN: THE ANIMATED SERIES serta siri-siri animasi eksklusif daripada DC Animated.
Pelanggan bulanan juga akan dapat membaca arkib komik DC UNIVERSE yang mempunyai 2,500 jilid komik dari sejarah lebih kurang 85 tahun DC Comics dalam cetakan!
Setakat ini, masih tiada indikasi bila pelantar kandungan digital DC UNIVERSE akan dibuka kepada penonton antarabangsa yang tidak bermastautin di Amerika Syarikat.
#SoalanCepumas – Adakah anda akan melanggan secara bulanan kepada pelantar kandungan digital DC UNIVERSE sekiranya ia ditawarkan kepada Malaysia dan Asia Tenggara?
Bincangkan.
#DCUniverse #DCULiveStream #DigitalContentPlatform #StreamingService #BuzzPopTV
(Sumber: @DC)