“The young succeed the old!”
— Henry Golding, THE GENTLEMEN, (2020).
Filem THE GENTLEMEN garapan pengarah Guy Ritchie (ALADDIN, SHERLOCK HOLMES, SNATCH) telah berjaya mengutip US$102 juta di pasaran box office sedunia setakat ini, selepas 5 minggu di pawagam. Ikuti 5 video disebalik tabir kejayaan Guy Ritchie yang terkini:
- Behind The Scenes – Ikuti sesi penggambaran filem THE GENTLEMEN serta pengalaman barisan pelakon penuh superstars ini – Matthew McConaughey, Hugh Grant, Collin Farrell, Henry Golding dan Charlie Hunnam – apabila bertembung dengan Raja Filem Gengster London, Guy Ritchie!
- Notes On A Scene – Pengarah Guy Ritchie disertai barisan pelakon Matthew McConaughey, Michelle Dockery dan Charlie Hunnam diwawancara oleh majalah Vanity Fair – membincangkan sebuah babak daripada filem THE GENTLEMEN.
- Cast Interview – Barisan pelakon THE GENTLEMEN diwawancara tentang motivasi mereka menghidupkan watak-watak untuk projek gengster London ini yang mengambil pengarah Guy Ritchie 10 tahun untuk menjadikan realiti!
- Weed Portrait – Artis multimedia Zach Fernandez a.k.a. Jesus Hands diupah oleh STX Entertainment untuk menyediakan sebuah lukisan memaparkan watak-watak daripada filem THE GENTLEMEN menggunakan elemen yang teramat istimewa – GANJA!
- Fan Art – Dua peminat tegar Guy Ritchie memenangi peluang untuk melihat seni poster mereka diadaptasikan menjadi seni grafitti di Los Angeles sempena pelancaran filem THE GENTLEMEN pada bulan Februari 2020.
Poster Utama Dan Sinopsis Rasmi THE GENTLEMEN
“Mickey Pearson, an American expatriate living in London, makes a fortune in the city by selling marijuana. Now he plans to cash in his highly profitable marijuana empire, offering it for USD400 million to his American contacts. But when others, including an Oriental drug cartel, catch wind of the deal, they begin plotting and scheming to steal his domain. This triggers bloody consequences that Pearson was not expecting.”
Sinopsis Filem THE GENTLEMEN
Filem THE GENTLEMEN ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 13 Februari 2020.
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik THE GENTLEMEN di:
- #ReviuFilem – 3 Sebab Mengapa Pengarah GUY RITCHIE Gedebe Kembali Dengan Filem THE GENTLEMEN!
- Temui 7 Watak-Watak Filem THE GENTLEMEN
- Kompilasi Poster Watak-Watak THE GENTLEMEN
#SoalanCepumas
Siapakah pelakon yang and paling minati daripada barisan pelakon berbakat yang membintangi filem THE GENTLEMEN oleh sutradara tersohor, Guy Ritchie?
Bincangkan.