Kru BuzzPopTV menerjah set penggambaran filem ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI di Ipoh, Perak pada bulan Oktober 2018 untuk menemuramah barisan pelakon yang menjayakan warkah terbaru daripada pengarah tersohor, Mamat Khalid!

Tenaga Kreatif Episod Ini |

Antara topik-topik yang dibincangkan di dalam wawancara eksklusif bersama pelakon Bulan Terry adalah:

  • Pengenalan watak baru ‘Acap’ yang dilakonkan Nazimi di dalam filem ROCK 4.
  • Pengalaman proses ujibakat yang dilalui Nazimi untuk filem ROCK 4.
  • Kerjaya Nazimi sebelum disunting berlakon di ROCK 4 oleh Mamat Khalid.
  • Bezanya ROCK 4 dengan trilogi ROCK (ROCK, ROCK OO!, ROCK BRO!).
  • Perbezaan pengalaman berkerja di depan tabir dan disebalik tabir produksi.

Poster Dan Sinopsis ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI

“Filem ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI adalah kesinambungan dari filem ketiga, ROCK BRO di mana Dio yang terlibat di dalam kemalangan dipenghujung filem tersebut – telah koma untuk satu tempoh yang cukup lama. Apabila dia terjaga, dia menyedari dirinya berada pada zaman moden. Dia kemudian bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan menubuhkan Rimba Bara 2 bagi meneruskan legasi kumpulan rock Rimba Bara!”

Menampilkan lakonan Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi dan penampilan khas oleh Dato’ Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim dan Kamarool Hj Yusof.

Sinopsis Filem ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI

Filem ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI arahan sutradara tersohor Mamat Khalid bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 20 Februari 2020.

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI di:

Untuk apa-apa undangan dan pertanyaan bagi usahasama media, sila hubungi kami di:

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk warkah terbaru pengarah tersohor Mamat Khalid kepada saga ROCK yang melangkaui pelbagai dekad ini?

Bincangkan.

#ROCK4 #Nazimi #WawancaraEkslusif #PrimeworksStudios #BuzzPopTV

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...