“A long time ago in a galaxy far, far away…”

— Opening Intro, STAR WARS, (1977).

Sempena sambutan STAR WARS DAY hari ini, (#MayThe4thBeWithYou) pelantar penstriman Disney+ menyiarkan episod pertama siri dokumentari 8-episod DISNEY GALLERY: THE MANDALORIAN yang menerokai disebalik tabir siri TV live-action STAR WARS yang pertama THE MANDALORIAN!

  • BEHIND THE SCENES – Menampilkan temuramah dengan pelbagai pengarah, barisan pelakon, serta krew efek visual disebalik tabir musim pertama THE MANDALORIAN, siri dokumentari DISNEY GALLERY: THE MANDALORIAN penuh dengan cerita produksi yang menarik, fakta-fakta STAR WARS yang hardcore dan rakaman-rakaman ekstra yang memukau daripada set penggambaran musim pertama.
  • DINNER FOR FIVE 2.0 – Untuk episod pertama, penerbit Jon Favreau menemuramah setiap pengarah episod-episod THE MANDALORIAN – Dave Filoni, Taika Waititi, Bryce Dallas Howard, Deborah Chow, dan Rick Famuyiwa – membincangkan hubungan mereka dengan francais STAR WARS sebelum mengarah THE MANDALORIAN, bagaimana mereka memulakan karier tersendiri, perasaan mereka mengadaptasikan siri TV live-action STAR WARS yang pertama, serta pengalaman membina francais STAR WARS untuk generasi masa hadapan.
  • OTAI STAR WARS – Di dalam episod pertama ini, amat jelas sekali bahawa penulis-pengarah Dave Filoni amat berpengetahuan dengan perspektif yang unik kerana dia berkolaborasi dengan George Lucas disebalik tabir siri TV animasi STAR WARS: THE CLONE WARS sejak tahun 2008 lagi. Pengarah-pengarah yang lain juga membawa perspektif menarik dalam mengadaptasikan THE MANDALORIAN ke kaca TV.
  • EASTER EGGS – Format sesi wawancara secara santai bersama Jon Favreau dikepilkan dengan rakaman-rakamn eksklusif daripada set penggambaran menawarkan penonton pandangan sepintas terhadap keseronokan dan tekanan yang wujud disebalik tabir mengadaptasikan THE MANDALORIAN.
  • MUST WATCH SERIES – Tayangan perdana siri dokumentari 8-episod DISNEY GALLERY: THE MANDALORIAN ditayangkan pada 4 Mei 2020 sempena STAR WARS DAY, dengan setiap episod baru disiarkan pada hari Jumaat mulai 8 Mei 2020 di pelantar penstriman Disney+.

#Komen5KupangKu – Untuk peminat tegar francais STAR WARS, siri dokumentari DISNEY GALLERY: THE MANDALORIAN adalah sejenis Easter Egg yang kami minati – bagaikan DVD Extras daripada era 2000 yang berjam-jam lamanya! Sememangnya Wajib Tonton untuk kesemua peminat tegar STAR WARS di seluruh dunia…

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan saga STAR WARS di:

Apakah Easter Eggs disebalik tabir musim pertama siri TV Disney+ THE MANDALORIAN yang anda harap untuk mempelajari melalui siri dokumentari 8-episod DISNEY GALLERY: THE MANDALORIAN nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...