“The reason you survived is because you’re a very uncommon girl,”
— Dr. Reyes, THE NEW MUTANTS, (April 2020).
Drama disebalik tabir adaptasi filem THE NEW MUTANTS yang berlatarkan dunia sinematik X-MEN dan tergendala di studio 20th Century Fox selama 2 tahun, akhirnya bakal berakhir pada 2020 terima kasih kepada studio Disney-Fox:
- Pada hari Isnin 6 Januari 2020, studio Disney-Fox akhirnya mengesahkan tarikh terbit untuk filem THE NEW MUTANTS yang bakal disiarkan di seluruh Malaysia pada 2 April 2020 melalui treler terbarunya!
- Pengarah Josh Boone (The Fault In Our Stars, The Stand) berjaya menyulam elemen genre seram dengan formula penceritaan adiwira di dalam THE NEW MUTANTS yang diinspirasikan oleh cerita ‘The Demon Bear Saga’ daripada komik THE NEW MUTANTS #18-20 nukilan penulis legenda Chris Claremont dan artis berbakat Bill Sienkiewicz (Ogos 1984).
- Untuk pembaca yang tidak arif, studio 20th Century Fox mula-mula mentularkan treler filem THE NEW MUTANTS pada 13 Oktober 2017 dengan pengumuman bahawa filem ini (pada asalnya) sepatutnya diterbitkan pada 13 April 2018.
- Namun kejayaan filem seram IT: CHAPTER ONE di pasaran box office sedunia pada penghujung tahun 2017, menimbulkan ura-ura bahawa Fox mahu menyerapkan lebih banyak elemen seram ke dalam THE NEW MUTANTS – dengan harapan ia akan menambahkan keuntungan filem ini.
- Keputusan ini melanjutkan tarikh terbit THE NEW MUTANTS daripada 13 April 2018 kepada 22 Februari 2019 (yang bercanggah dengan filem DEADPOOL 2), menyebabkan ia ditangguhkan sekali lagi ke 2 Ogos 2019 (yang bercanggah dengan filem X-MEN: DARK PHOENIX).
- Sementara itu, proses penggabungan di antara studio Disney dengan Fox yang berakhir pada 19 Mac 2019, membekukan apa-apa keputusun korporat bagi kesemua filem 20th Century Fox pada tahun itu – menangguhkan lagi sesi penggambaran semula untuk THE NEW MUTANTS!
“Who knows when the fuck that’s gonna come out. There were supposed to be reshoots to ‘make it scarier’, but they haven’t actually taken place. What the fuck is going on with this movie? Hopefully this interview will make everyone hurry up a little bit!”
Pelakon Maisie Williams, ROLLING STONE (26 Mac 2019)
- Selepas kegagalan filem X-MEN: DARK PHOENIX di pasaran box office sedunia pada 5 Jun 2019, harapan peminat tegar Marvel Comics untuk menonton THE NEW MUTANTS di lakon layar kecundang selama-lamanya. Adakah Fox dibawah pengurusan Disney akan menyambung legasi kegagalan dunia sinematik X-MEN? Terutamanya apabila Kevin Feige mahu merombak X-MEN untuk persediaan menyertai semesta sinematik Marvel?
- Syukur lah pada permulaan tahun 2020, pengarah Josh Boone akhirnya mengesahkan melalui laman Instagramnya bahawa filem NEW MUTANTS bakal diterbitkan akhirnya pada tahun ini. Boone juga memberitahu peminat tegarnya bahawa filem ini adalah versi asal tanpa apa-apa tambahan seperti yang mula-mula dimandatkan oleh Fox.
Berdasarkan treler terbaru filem THE NEW MUTANTS yang ditularkan, kami bersyukur bahawa visi asal pengarah Josh Boone akan akhirnya disiarkan di pawagam di seluruh dunia – kerana menonton Illyana Rasputin dengan Soulswordnya berdepan dengan si Demon Bear membuatkan kami teruja untuk menonton keseluruhan filem ini!
Poster Dan Sinopsis THE NEW MUTANTS
“20th Century Fox in association with Marvel Entertainment presents THE NEW MUTANTS, an original horror thriller set in an isolated hospital where a group of young mutants is being held for psychiatric monitoring. When strange occurrences begin to take place, both their new mutant abilities and their friendships will be tested as they battle to try and make it out alive!”
Sinopsis Filem THE NEW MUTANTS
#SoalanCepumas
Apakah pendapat anda tentang treler terbaru filem THE NEW MUTANTS yang akhirnya akan disiarkan? Adakah ini juga bermakna bahawa mereka adalah sebahagian daripada semesta sinematik Marvel selepas ini?
Bincangkan.