Bagi peminat tegar komik CAPTAIN MARVEL, poster rasmi terbarunya memberi petunjuk kepada kehadiran haiwan kesayangan watak Carol Danvers – seekor kucing yang dinamakan ‘Chewie’.

Untuk pembaca yang tidak arif, Chewie sebenarnya ialah seekor makhluk asing berbangsa ‘Flerken’ yang hanya kelihatan bagaikan seekor kucing tetapi mempunyai kuasa teleportasi serta dimensi-dimensi poket didalam badannya yang dapat menyimpan pelbagai benda – seperti telur makhluk asing, mulut bertaring dan juga tentakel berbahaya!

Di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2019.

#EasterEgg #Chewie #CaptainMarvel #OfficialPoster #BuzzPopTV

(Sumber: @LilBigTrouble)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...