
Pawagam-pawagam kepunyaan francais AMC dan Cinemark di seluruh Amerika Syarikat, sebuah wawancara eksklusif disebalik tabir filem CAPTAIN MARVEL telah tertiris – menonjolkan penerbit tersohor Kevin Feige dan pelakon utama Brie Larson bercerita tentang membawa watak Marvel Comics yang ditunggu ramai ini ke lakon layar.
Menurut AMC Theaters, filem CAPTAIN MARVEL mempunyai jangka masa selama 2 jam dan 10 minit (130 minit) – sama panjang dengan THOR RAGNAROK, 3 minit lebih singkat daripada SPIDER-MAN: HOMECOMING dan 4 minit lebih singkat daripada BLACK PANTHER.
Tiket-tiket untuk CAPTAIN MARVEL akan mula dijual diatas talian untuk pasaran Amerika Syarikat mulai 7 Januari 2019 selepas treler terbaru ditularkan @ESPN ketika ‘College Football National Championship Game’ pada hari Isnin depan.
(Sumber: @AMCTheatres)