#Eksklusif – Kulit Depan Majalah Empire Bertemakan AVENGERS: ENDGAME Tertiris!

Kulit depan majalah Empire bulan April 2019 versi Bahasa Sepanyol yang bertemakan AVENGERS: ENDGAME telah ditiriskan di laman Twitter awal hari ini – menonjolkan dua jenis muka hadapan – (1) antagonis Thanos yang menggerunkan dan (2) enam ahli pertama Avengers!

#SoalanCepumas – Tetapi mengapakah pihak pemasaran Marvel Studios memaparkan watak-watak Thanos, Hulk, Iron Man dan Black Widow dengan versi AVENGERS: INFINITY WAR mereka – dan bukannya versi AVENGERS: ENDGAME ? 🤔🤔🤔

Selain daripada itu, majalah Empire juga mentularkan kulit depan bagi isu April 2019 versi langgan mel bulanan yang dicat oleh artis berbakat, Vincent McIndoe – memaparkan Thanos meraikan kemenangannya menumpaskan Avengers sambil menikmati matahari terbit di estetnya!.

Isu majalah Empire bulan April 2019 yang bertemakan AVENGERS: ENDGAME akan dijual di pasaran pada 21 Mac 2019 – penuh dengan butiran-butiran eksklusif tentang sekuel Avengers yang dinantikan ramai ini!

Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv

0 Shares:
You May Also Like