11 tahun. 21 filem. USD18 billion kutipan box office sedunia setakat ini.
Selepas 11 tahun di pawagam sedunia, siri 22 filem Marvel Studios’ THE INFINITY SAGA bakal berakhir dengan kehadiran filem Marvel Studios’ AVENGERS: ENDGAME di pawagam minggu ini!
Sebelum seluruh dunia bakal menikmati sekuel yang ditunggu ramai ini, barisan pelakon Marvel Cinematic Universe serta tenaga kreatif di sebalik Marvel Studios bernasib baik untuk menghadiri Marvel Studios’ AVENGERS: ENDGAME Red Carpet World Premiere awal pagi tadi di Los Angeles, USA. Ikuti liputan langsung sepenuhnya berbentuk video oleh pihak Marvel yang berada di Los Angeles Convention Center untuk acara tersebut:
Sejurus selepas acara Marvel Studios’ AVENGERS: ENDGAME Red Carpet World Premiere, embargo kepada pihak media berakhir dan reaksi awal kepada filem ini mula ditularkan di laman media sosial – kebanyakannya memberangsangkan dan menjanjikan segila manapun #TeoriBrazil peminat-peminat setakat ini… anda tidak bersedia untuk kegilaan di dalam sekuel ini!
“The grave course of events set in motion by Thanos that wiped out half the universe and fractured the Avengers ranks compels the remaining Avengers to take one final stand in Marvel Studios’ grand conclusion to twenty-two films, AVENGERS: ENDGAME.”
Sinopsis Filem AVENGERS: ENDGAME
Diarah oleh Anthony dan Joe Russo, filem ini menonjolkan pelakon-pelakon seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Don Cheadle, Paul Rudd, Brie Larson, Karen Gillan, Danai Gurira, Benedict Wong, Jon Favreau, Bradley Cooper, Gwyneth Paltrow dan Josh Brolin.
Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!