“They [The Eternals] have been there amongst the MCU, we [just] haven’t met them before…” Kevin Feige, SDCC 2019
Langsung dari lantai Hall H di San Diego Comic-Con 2019, Kevin Feige mengumumkan 11 projek Marvel Studios untuk Fasa Keempat Marvel Cinematic Universe (2020-2021) – 6 projek bagi Semesta Sinematik MCU dan 5 projek bagi saluran Disney+!
Salah satu daripada 6 filem baru yang diumumkan adalah ETERNALS yang bakal menjadi filem kedua untuk Fasa Keempat MCU nanti dan terbit di pawagam sedunia pada 6 November 2020.
1) Pengarah Wanita Asia MCU Pertama
Pengarah indie Chloé Zhao Ting ialah seorang direktor filem daripada China yang amat berbakat walaupun kariernya masih setahun jagung. Filem sulungnya ‘Songs My Brothers Taught Me’ (2015) terpilih untuk ditayangkan di Sundance Film Festival. Sejurus selepas itu, filem keduanya ‘The Rider’ (2017) disyorkan oleh ramai pengkritik dan menerima pelbagai anugerah termasuk pencalonan untuk Independent Spirit Award pada tahun tersebut.
Selepas kejayaan yang berturut-turut ini, Chloé ditawarkan pelbagai projek filem blockbuster oleh studio-studio besar di Hollywood. Eksekutif Marvel Studios yang berjumpa dengan Chloé amat teruja dengan bakatnya dan bergegas untuk memberi kontrak kepadanya bagi menerajui filem ETERNALS – sekaligus menjadi wanita Asia pertama yang mengarah filem MCU!
2) “Immortals”
Filem ETERNALS memainkan peranan penting di dalam Fasa Keempat MCU kerana sebagai sekumpulan adiwira abadi, mereka akan memberi peluang kepada peminat tegar Marvel Studios untuk mengamati sejarah semesta sinematik MCU selama berjuta-juta tahun – daripada mulanya The Big Bang, kepada kedatangan puak Asgardian ke Bumi pada permulaan peradaban manusia, serta permulaan planet Titan (planet asal Thanos) diduduki oleh puak Eternals yang meninggalkan Bumi untuk melayari cakerawala…
“It’s about this group of incredible immortals but through their journey we really get to explore what it means to be human and humanity on our time on this planet.”
Pengarah Indie Chloé Zhao, ETERNALS
“The Eternals are a race of immortal aliens sent to Earth by the Celestials to protect humankind from the Deviants. And I play Ikaris – the most sexiest Eternal of them all…”
Pelakon Richard Madden, Ikaris, ETERNALS
3) #DIVERSITY Dan #REPRESENTATION
Filem Marvel Studios’ THE ETERNALS arahan direktor indie Chloé Zhao akan dibintangi oleh barisan pelakon pelbagai bangsa seperti pelakon Richard Madden sebagai watak Ikaris, Angelina Jolie sebagai Thena, Salma Hayek sebagai Ajak, Kumail Nanjiani sebagai panglima berpedang Kingo, Lauren Ridloff sebagai panglima pantas Makkari, Brian Tyree Henry sebagai pencipta-senjata Phastos, Lia McHugh sebagai Sprite dan Ma-Dong Seok/Don Lee sebagai antagonis utama – Gilgamesh.
#Diversity
Sebagai seorang juara Miss Deaf America (2000-2002) seniman teater Broadway yang dilahirkan pekak – pelakon Lauren Ridloff akan memainkan watak panglima pantas Makkari (seorang Eternal yang terkenal dengan kuasa kelajuannya) dan bakal mencipta sejarah sebagai adiwira MCU pertama yang pekak.
#Representation
4) Adaptasi ETERNALS Diketuai Oleh Wanita
Ketika panel Marvel Studios di Hall H, San Diego Comic-Con, Kevin Feige mengumumkan bahawa adaptasi ETERNALS ke lakon layar akan diketuai oleh watak Ajak yang dilakonkan oleh Salma Hayek – berbanding dengan halaman asal Marvel Comics di mana Zuras adalah ketua segala Eternals di Bumi.
Atau adakah kehilangan pelakon Keanu Reeves di Hall H ketika panel Marvel Studios menyembunyikan fakta bahawa watak Zuras mungkin juga hadir di dalam adaptasi filem ETERNALS nanti? Kita tunggukan panel Marvel Studios di Konvensyen D-23 bulan hadapan untuk jawapan muktamad daripada Feige nanti…
5) “Family”
Walaupun ETERNALS adalah sekumpulan adiwira abadi yang tidak dapat melahirkan zuriat, namun kumpulan ini menghormati hak satu sama lain dan menjaga kepentingan setiap ahli bagaikan mereka adalah sebuah keluarga yang erat.
Sifat ini nampaknya dikongsi oleh barisan pelakon filem ini juga – dengan cara bagaimana mereka menghormati satu sama lain ketika tampil di Hall H, San Diego Comic-Con.
Daripada kata-kata semangat yang menyanyat hati dari Salma Hayek untuk pengarah mereka – Chloé Zhao, kepada cara Richard Madden memeluk erat Zhao ketika dia mula-mula tampil di atas pentas, serta cara Angelina Jolie memotivasikan mereka semua yang bakal memulakan sesi penggambaran filem ETERNALS di London pada bulan September 2019 nanti!
“I’m so excited to be here. I’m going to work 10 times harder because – I think what it means to be part of the MCU, what it means to be an Eternal, to be a part of this family, I know what we all need to do.
We have all read the script. We all know what the task ahead is, and we know what you deserve – so we are all gonna be working very, very hard.
I’m training. I am thrilled. Thank you so much.”
– Angelina Jolie, Thena, THE ETERNALS
#SoalanCepumas
Apakah pendapat anda tentang elemen #Diversity dan #Representation yang amat ketara di antara barisan pelakon ETERNALS? Adakah pengarah indie berbakat Chloé Zhao akan berjaya membawa sesuatu yang belum pernah dilihat di dalam MCU dengan adaptasi ETERNALS-nya nanti?
Bincangkan.
Filem ETERNALS bakal ditayangkan di pawagam sedunia mulai 6 November 2020. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang ETERNALS serta semesta sinematik MCU di www.buzzpop.tv!
#Eternals #MCUPhase4 #MarvelStudios #Disney #HallH #SDCC50 #BuzzPopTV
(Sumber: @Marvel @Variety @Fandango @EW @MCU_Direct)