“People, they need to believe. And nowadays, they’ll believe anything.”
— Quentin Beck, SPIDER-MAN: FAR FROM HOME (2020).
Tonton 6 babak yang dipotong daripada filem SPIDER-MAN: FAR FROM HOME termasuk montaj persediaan Peter Parker sebelum percutian Eropahnya, babak alternatif dimana Betty Brant di’Blip’kan, serta pandangan daripada laman media sosial Flash Thompson.
Di antara keenam-enam babak yang dipadamkan daripada versi yang ditayangkan di panggung, kami paling teruja dengan babak-babak Flash Thompson kerana ia mendalamkan wataknya dengan lebih lanjut – daripada sekadar pembuli sekolah yang cliche kepada seorang remaja yang masih tidak yakin dengan tempatnya di dalam dunia!
SPIDER-MAN: FAR FROM HOME kini dijual sebagai muat turun digital sejak 17 September 2019 lagi dan versi Blu-Raynya bakal di pasaran sedunia mulai 1 Oktober 2019.
#SoalanCepumas
Manakah diantara 6 babak yang dipotong daripada versi panggung SPIDER-MAN: FAR FROM HOME yang anda paling minati?
Bincangkan.
(Sumber: Reddit)