Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa IRON FIST musim pertama adalah siri tv Marvel Netflix yang terlemah sekali jika hendak dibandingkan dengan siri-siri yang sewaktu dengannya ( ‘Daredevil’, ‘Punisher’, ‘Jessica Jones’, ‘Luke Cage’ dan ‘The Defenders’ ).

Masalahnya berjela-jela daripada watak utama yang menjengkelkan, kepada koreografi perlawanan yang lemah, serta plot yang kelaut dengan ‘plot twist’ caca-marba dan pembinaan arka cerita watak yang lemah.

Namun, daripada takuk kehinaan inilah timbulnya satu potensi untuk mereka meraih kejayaan sekiranya pihak produksi IRON FIST rela berdiri kembali untuk meneruskan perjuangan.

Berdasarkan featurette terbaru musim ke-2 ini, koreografer perlawanan Clayton Barber ( ‘Creed’, ‘Black Panther’, ‘Blade’ ) kembali dengan nafas baru dan iltizam yang jitu – untuk memenangi hati peminat Marvel kembali dengan babak-babak aksi yang lebih menarik!

Sinopsis:
IRON FIST season 2 furthers the transformation of Danny, a character with a fish out of water coming of age story making his way in a harsh new world, battling to work out who he is.

This season, Danny has promised that with Matt Murdock gone, he will step up and protect his city.

But a sinister plot twist threatens his very identity and he must conquers his villains to protect the town and people he holds close to his heart.”

IRON FIST musim ke-2 bakal menemui anda melalui saluran Netflix pada 7 September 2018.

#SoalanCepumas – Apakah harapan anda untuk IRON FIST musim ke-2 di Netflix nanti? Mampukah ia mengubati hati peminat tegar Marvel yang terbakar dengan kelemahan musim pertama?

Bincangkan.

#IronFist #Season2 #Featurette #FightChoreography #BuzzPopTV

(Sumber: @netflix)

0 Shares:
You May Also Like