“Jangan percaya dengan semua yang kau nampak atau dengar… dalam hutan!”
— Mak, ROH, (2020).
Filem bergenre seram ROH (SOUL) nukilan sulung penulis-pengarah Emir Ezwan yang diterbitkan oleh Kuman Pictures bakal menemui penonton di seluruh Malaysia mulai minggu ini.
Untuk pembaca yang tidak arif, Emir mula menempa namanya sebagai seorang pengarah dengan filem pendek yang berjudul RM10 pada tahun 2016 – yang disiarkan di pelbagai festival filem antarabangsa serta berjaya memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia.
Di dalam wawancara eksklusif bersama Emir Ezwan ini, kami membincangkan evolusi kariernya daripada penyelia VFX bagi filem ONE TWO JAGA dan MOTIF, kepada pengarah bagi filem pendek RM10 serta filem sulungnya ROH.
Di antara topik-topik menarik yang dibincangkan (minit dan saat):
- 0:23 Karier Emir Ezwan Sebelum Menjadi Pengarah Filem
- 0:60 Daripada Penyelia VFX Kepada Pengarah Video Muzik Dan Filem Pendek
- 1:55 Kelainan Mengarah Video Muzik Dengan Mengarah Filem
- 3:44 Disebalik Tabir Produksi Filem Pendek Pertamanya ‘RM 10’
- 4:30 Reaksi Terhadap Kejayaan ‘RM 10’ Di Festival Filem Antarabangsa
- 6:02 Inspirasi Disebalik Filem Sulungnya ‘ROH’ (2020)
- 7:27 Pengalaman Disebalik Tabir Filem ‘ROH’ (2020)
- 11:04 Harapan Pengarah Emir Ezwan Untuk Penonton ‘ROH’ (2020)
- 12:25 Genre Impian Pengarah Emir Ezwan
- 13:08 Pendapat Pengarah Emir Ezwan Tentang Pelantar Penstriman
- 14:24 Kata Penutup
Filem ROH (SOUL) oleh pengarah Emir Ezwan bakal disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Ogos 2020.
Poster Dan Sinopsis Filem ROH (SOUL)
“Satu keluarga daif yang menetap di pinggir hutan didatangi seorang budak perempuan yang membawa sebuah ramalan ngeri dan pelbagai peristiwa mistik!
ROH adalah filem sulung arahan sutradara Emir Ezwan (filem pendek “RM10“) yang dibintangi barisan pelakon seperti Farah Ahmad, Nam Ron, Mhia Farhana, Harith Haziq, Puteri Qaseh dan June Lojong.”
Sinopsis Filem ROH (SOUL)
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan filem-filem tempatan di:
- #TriviaFilem – Treler Rasmi ROH Menjanjikan Santapan Seram Yang Memukau!
- KUMAN PICTURES Syarikat Produksi Filem Seram Dan Thriller Malaysia Terbaru
- #TriviaFilem – 5 Fakta Disebalik Tabir Filem DAULAT
- Wawancara Eksklusif Bersama Penerbit TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA (2017)
- Wawancara Eksklusif Bersama “PRONO” Pelakon Tambahan Legenda!
Apakah harapan anda untuk filem seram ROH (SOUL) nanti yang ditulis dan diarah oleh tenaga kreatif Emir Ezwan?
Bincangkan.
#WawancaraEksklusif #filemROH #EmirEzwan #KumanPictures