“300 Years Before Game of Thrones, Dragons Ruled Westeros.”

— George R.R. Martin, Fire & Blood

TERKINI: Siri TV prekuel GAME OF THRONES (GOT) berdasarkan novel FIRE & BLOOD oleh George R.R. Martin kini sedang diusahakan bersama penulis Ryan Condal (Colony) di pelantar penstriman HBO. Projek ini berasingan daripada tiga lagi siri televisyen prekuel GAME OF THRONES yang kini sedang diusahakan di HBO.

Daripada Novel Ke Kaca TV

Untuk pembaca yang tidak arif, novel FIRE & BLOOD dihasilkan pada tahun 2018 oleh penulis tersohor George R.R. Martin untuk mencatat sejarah silam House Targaryen selama 300 tahun di Westeros. Ramai peminat tegar George tidak berpuas hati apabila dia mengumumkan buku prekuel ini, kerana cerita daripada siri novel utama GOT masih tergantung dan ketinggalan dua jilid terakhir – THE WINDS OF WINTER dan A DREAM OF SPRING.

Illustrasi daripada novel prekuel FIRE & BLOOD

“The Targaryen history book FIRE & BLOOD goes back 300 years ago to a time when House Targaryen — the only family of dragonlords to survive the Doom of Valyria — took up residence on Dragonstone, Westeros.


It starts off with Aegon the Conqueror, creator of the Iron Throne, and goes on to recount the generations of Targaryens who fought to hold the throne, all the way up to the civil war, known as the Dance of the Dragons, that nearly tore their dynasty apart.”

Sinopsis Novel FIRE & BLOOD

Sejarah Berdarah House Targaryen Di Westeros!

Pelajari tentang sejarah susur galur House Targaryen di Westeros selama 300 tahun sebelum kedatangan Ratu Daenerys Targaryen di dalam siri televisyen GAME OF THRONES dengan menonton video di bawah:

(0:00) Chapter 1 – “Valyria’s Last Scion: House Targaryen”: Viserys Targaryen recalls the Doom of Valyria and how his ancestor Aenar Targaryen brought their family to Westeros.

(4:19) Chapter 2 – “Invasion”: Spymaster Varys explains how Aegon began his conquest of the Seven Kingdoms.

(7:37) Chapter 3 – “House Hoare, Ironborn Kings of the Riverlands”: Euron Greyjoy and Viserys Targaryen recount the tale of their ancestors’ meeting outside the gates of the newly erected Harrenhal.

(12:24) Chapter 4 – “House Durrandon, the Storm Kings”: Varys describes “The Last Storm,” the epic battle waged between Aegon’s ally Orys Baratheon, and Argilac “the Arrogant,” King of the Stormlands.

(16:59) Chapter 5 – “House Lannister, Kings of the Rock & House Gardener, Kings of the Reach”: Jaime Lannister retells the events surrounding the “Field of Fire,” where his ancestor King Loren, and King Mern Gardener faced three Targaryen dragons.

(20:08) Chapter 6 – “House Stark, The Kings of Winter”: Sansa Stark relates the story of how her ancestor Torrhen Stark earned the nickname, “The King Who Knelt.”

(23:46) Chapter 7 – “House Arryn, Kings of the Vale”: Littlefinger recalls the day Visenya Targaryen came to visit the Queen Regent Sharra Arryn and her son Ronnel in the Vale.

(25:58) Chapter 8 – “Aegon, First of His Name”: Viserys Targaryen recounts Aegon’s arrival in Oldtown and his subsequent coronation.

(28: 32) Chapter 9 – “House Martell, Princes of Dorne”: Varys elaborates on Dorne’s revolt against Targaryen subjugation under Princess Meria of House Martell.

(31:57) Chapter 10 – “The Last Dragons”: Viserys Targaryen, Jaime Lannister, Sansa Stark, and Varys reveal the fate of House Targaryen.

Ada kemungkinan besar bahawa siri televisyen prekuel berjudul FIRE & BLOOD ini akan menonjolkan peristiwa-peristiwa penting di atas di dalam bentuk ‘live action’ bagi tatapan penonton sedunia nanti.

Masa Hadapan GOT Di Pelantar Penstriman HBO MAX

Projek ini serta prekuel GOT: BLOODMOON yang kini di dalam fasa pos-produksi akan meneruskan saga GAME OF THRONES di HBO untuk masa hadapan. Kemungkinan besar siri televisyen prekuel GOT: BLOODMOON akan terbit dahulu di saluran kabel/pelantar penstriman HBO MAX mulai tahun 2020, manakala siri GOT: FIRE & BLOOD akan menyusul kemudian pada tahun 2021.

#SoalanCepumas

Ahli keluarga House Targaryen yang manakah yang anda harap di adaptasikan ke dalam siri televisyen FIRE & BLOOD nanti? Adakah anda teruja untuk menonton pengembaraan Dunk & Egg? Ataupun kejatuhan empayar Targaryen ketika Mad King Aerys? Ataupun zaman kegemilangan Aegon the Conqueror?

Bincangkan.

(Sumber: @deadline)

9 Shares:
You May Also Like