“Hey bud, did you ever think that there’s got to be more… to the stuff we do day after day?”

— Guy, FREE GUY, (Julai 2020).

Untuk pembaca yang tidak arif, FREE GUY adalah filem aksi komedi terbaru daripada pelakon Ryan Reynolds (Deadpool, 6 Underground) dan pengarah Shawn Levy (Real Steel, Night at the Museum) yang bakal disiarkan di seluruh Malaysia mulai 2 Julai 2020.

  • Pada awal Disember 2019, FOX mentularkan pandang pertama untuk filem ini yang menonjolkan pelakon Ryan Reynolds sebagai seorang Non-Player Character (NPC) di dalam sebuah permainan video bagaikan gabungan GRAND THEFT AUTO dan FORTNITE.
  • Kali pertama penulis mendengar tentang projek yang menarik ini adalah semasa New York Comic Con (NYCC) 2019 ketika panel di mana barisan pelakon dan pengarah FREE GUY turun padang untuk memperkenalkan filem mereka kepada peminat tegar Pop Culture di seluruh dunia.
  • Sejak itu, tiga video viral yang ditularkan di laman media sosial berkaitan dengan filem FREE GUY adalah 100% lawak hanat yang menjadi trademark serta personaliti pelakon Ryan Reynolds di laman media sosial!
  • Lawak HaHaHaHanat: Daripada lawak di antara Taika Waititi dan Ryan Reynolds yang tidak mahu mengaku bahawa mereka pernah berkerjasama di dalam filem GREEN LANTERN (2011); kepada Reynolds cuba menjual ‘merchandise’ ketika penggambaran featurette kerana Disney kini memiliki FOX!
  • Dan yang terbaru sekali adalah video di mana Reynolds mula mengungkit kepada Video Editor kerana terlalu mengagungkan pelakon sampingannya, Jodie Comer di dalam featurette di bawah… 😂

Poster Dan Sinopsis FREE GUY

Poster FREE GUY

“Guy is a lonely bank teller in ‘Free City’, an open-world video game that’s a mix of ‘Grand Theft Auto’ and ‘Fortnite’. He comes to know of his existence as a video game’s non-player character (NPC) after publisher Antoine inserted a code developed by programmers Milly and Keys into ‘Free City’. When he learns that the game is being shut down by its developers, Guy decides to be a hero and try to save the game before it’s too late!”

Sinopsis FREE GUY

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk filem aksi komedi FREE GUY lakonan Ryan Reynolds nanti?

Bincangkan.

4 Shares:
You May Also Like