“With MARVEL UNLIMITED you have access to so many great comics – from modern classics to the old school classics. And you can read them for FREE!”

— Ryan Penagos (@AgentM), MARVEL, (2020).

Minggu lepas, aplikasi MARVEL UNLIMITED menawarkan akses PERCUMA kepada 12 siri komik ikonik daripada syarikat MARVEL COMICS – memaparkan arka-arka cerita epik yang klasik seperti DARK PHOENIX SAGA, AVENGERS VS X-MEN dan AVENGERS: KREE/SKRULL WAR serta CIVIL WAR!

  • Untuk menolong kaki komik sedunia mengatasi kebosanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan menangani wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus), MARVEL COMICS telah menawarkan beberapa komik popularnya secara PERCUMA.
  • Melalui perkhidmatan langganan komik digital mereka, MARVEL UNLIMITED selami arka cerita penuh yang memaparkan adiwira-adiwira ikonik seperti the Avengers, Spider-Man, Black Widow, Captain America, dan Captain Marvel untuk waktu terhad.
  • 12 siri komik ikonik di bawah ditawarkan secara PERCUMA di MARVEL UNLIMITED mulai Khamis, 2 April 2020 sehingga Isnin, 4 Mei 2020.
  • Untuk mengakses siri komik PERCUMA ini, muat turun aplikasi MARVEL UNLIMITED melalui stor aplikasi Apple atau Google Play dan pilih opsyen FREE COMICS. Tiada informasi kad kredit ataupun langganan percubaan diperlukan untuk membaca siri komik percuma yang tertera di atas!
  • Sekiranya anda menyukai aplikasi MARVEL UNLIMITED, anda boleh melanggan kepada servis komik digital ini untuk US$9.99 sebulan untuk mengakses 27,000 isu komik Marvel klasik serta moden, dengan pelbagai komik baru ditambah setiap minggu (6 bulan lambat daripada komik yang diterbitkan setiap minggu).

#Komen5KupangKu – Usaha oleh Marvel Comics ini sememangnya amat dihargai, terutamanya kerana di antara 12 komik yang ditawarkan secara PERCUMA ini memaparkan arka cerita epik yang relevan kepada peminat tegar filem-filem MCU seperti BLACK WIDOW, CAPTAIN AMERICA: WINTER SOLDIER, BLACK PANTHER dan CAPTAIN MARVEL!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Dunia Hiburan dan kesan wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus) di:

Apakah siri komik digital PERCUMA daripada MARVEL UNLIMITED yang anda tak sabar-sabar hendak layan nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...