Mulanya dengan UNBREAKABLE (2000), kemudian disambung dengan SPLIT (2016)…akhirnya trilogi M. Night Shyamalan-verse bakal lengkap dengan terbitnya sekuel berjudul GLASS (2019) pada 17 Jan 2019.
Treler kedua ini menonjolkan plot yang menggandingkan ketiga-tiga watak ini di sebuah wad pesakit mental, dan bagaimana Elijah Glass memainkan peranan ‘Mastermind’ untuk memanipulasikan David ‘Overseer’ Dunn vs. Kevin ‘Beast’ Crumb.
Selepas 19 tahun dalam perancangan, adakah filem ini bakal membawa kejayaan di box office kembali kepada pengarah M. Night Shyamalan?
#Glass #OfficialTrailer #Trilogy #MNightShyamalan #BuzzPopTV
(Sumber: @GlassMovie)