Pentiris popular penuh kontroversi di laman Twitter, Daniel Richtman (@danielRPK) membuat dakwaan melalui laman Patreon-nya hari ini – bahawa alumni HIGH SCHOOL MUSICAL, pelakon Zac Efron kini sedang di bawah pertimbangan pihak studio Warner Bros untuk menjadi satu daripada dua tunggak utama bagi filem DCEU tahun 2021, GREEN LANTERN CORPS !
Sejurus selepas dakwaan ini dibuat, artis digital tersohor di Twitter – @Bosslogic membuat sebuah lukisan digital yang membayangkan pelakon Zac Efron sebagai watak klasik Hal Jordan/Green Lantern.
Untuk pembaca yang tidak arif, penerbit dan penulis berbakat Geoff Johns yang terlibat dengan produksi AQUAMAN serta menulis skrip untuk sekuel WONDER WOMAN 1984 , kini sedang di dalam proses menyiapkan skrip untuk filem GREEN LANTERN CORPS.
“GREEN LANTERN CORPS will be a complete reimagining that will celebrate the mythology and reinvent it in a different way, very much inline with elements from my own run of GREEN LANTERN comics.”
Penulis komik tersohor, Geoff Johns tentang filem GREEN LANTERN CORPS (2021).
#SoalanCepumas – Sekiranya ura-ura ini benar, bolehkah pelakon muda Zac Efron menghapuskan stigma kegagalan yang terikat dengan filem GREEN LANTERN yang lepas untuk membawa era baru kepada francais GREEN LANTERN CORPS?
Bincangkan.
(Sumber: @danielRPK)