“ScreenX is a brand-new kind of cinematic experience and we are delighted to bring this game-changing technology to Malaysia through our partnership with Golden Screen Cinemas.”

— JongRyul Kim, CEO, CJ 4DPLEX

Krew BuzzPopTV dijemput untuk menghadiri pelancaran ScreenX di GSC 1 Utama tempoh hari – bagi melayan filem IT CHAPTER TWO di dalam panggung wayang pertama di Malaysia dengan skrin 270-darjah yang menjanjikan pengalaman menonton yang lebih premium dan panoramik!

Cara Terbaru Untuk Mengamati Filem

Untuk pembaca yang tidak arif, ScreenX menggunakan teknologi khusus untuk meluaskan babak-babak terpilih di dalam filem yang anda sedang menonton ke skrin di sebelah kiri dan kanan panggung wayang tersebut. Ini meningkatkan babak aksi menarik di dalam filem tersebut, serta memberi para pembuat filem suatu dimensi baru untuk berkarya.

Selain daripada skrin berformat 270-darjah, panggung wayang ScreenX di GSC 1 Utama juga mempunyai kerusi empuk bersalutkan eco-leather yang lebih selesa daripada kerusi biasa di panggung wayang normal. Tak rugi sekiranya anda ingin mengalami filem blokbuster terbaru daripada Hollywood di ScreenX dengan tiket berharga RM29 seorang.

Pengalaman Kami Di ScreenX

Ikuti pengalaman krew BuzzPopTV dan Zhaf daripada #ZhafVlog mengamati filem blokbuster IT CHAPTER TWO di panggung wayang ScreenX!

ScreenX GSC 1 Utama: Yang Pertama Di Malaysia

Di majlis pelancaran panggung wayang ScreenX tempoh hari, pihak pengurusan Golden Screen Cinemas dan syarikat CJ 4Dplex yang berkejasama di dalam usahasama ini hadir untuk upacara ini. Ikuti komentar mereka tentang teknologi terbaru ini yang bakal menyanyat hati penonton di GSC 1 Utama nanti!

“We are proud to be the first cinema in Malaysia to offer movie-goers this revolutionary movie experience, which redefines what it is like to watch a film in the theatre. The response we have received to ScreenX since we opened the hall has been extremely positive and we are sure that it will continue to excite audiences with its immersive format, which complements our other next-generation cinema technologies.”

– Heng Beng Fatt, Deputy General Manager, Golden Screen Cinemas.

“ScreenX is a brand-new kind of cinematic experience and we are delighted to bring this game-changing technology to Malaysia through our partnership with Golden Screen Cinemas. This innovative technology allows the audience to go beyond the frame of the traditional movie screen, and we believe our alliance will provide opportunities to revolutionize the cinematic landscape of Malaysia.”

– JongRyul Kim, Chief Executive Officer, CJ 4DPLEX.

Untuk informasi yang terkini tentang ScreenX, ikuti GSCinemas di laman Facebook, Twitter, mahupun Instagram, ataupun lawati laman www.gsc.com.my. Anda juga boleh melayari pos media sosial terkini tentang ScreenX dengan mencari #GSCScreenX ataupun di laman Facebook Page Rasmi ScreenX.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...