Seorang peminat tegar MCU membuat rayuan di laman Twitter hari ini supaya @MarvelStudios memilih pengarah baru untuk menjayakan filem GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3 yang kini terkandas sejak pemecatan pengarah James Gunn daripada projek ini tahun lepas – kerana skandal Tweet-Tweet lapuknya daripada 10 tahun lepas yang berbaurkan seksisme dan perlakuan di luar tabii.
Yang kelakarnya, pengarah-pengarah yang dipautkan di dalam Tweet tersebut seperti Edgar Wright (BABY DRIVER, SHAUN OF THE DEAD) dan Chris Miller (SPIDER-MAN: INTO THE SPIDER-VERSE, THE LEGO MOVIE 2) mengambil kesempatan ini untuk menghentam @MarvelStudios dan memberi sokongan mereka supaya pengarah James Gunn dikembalikan kepada projek MCU yang terkandas ini.
Tiada jawapan rasmi daripada pihak Disney/Marvel Studios setakat ini, pada waktu artikel ini diterbitkan. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang MCU di www.buzzpop.tv!
(Sumber: @fakenewsmags)