Treler terbaru versi Red Band untuk filem HELBOY telah ditularkan di laman Twitter @HellboyMovie!
Akhirnya keputusan pencipta komik HELLBOY, Mike Mignola untuk memecat pengarah asal, Guillermo del Toro (Hellboy, Hellboy II: The Golden Army) dan menggantikannya dengan pengarah Neil Marshall (Dog Soldiers, Game of Thrones) mula kelihatan bagaikan satu pilihan yang penuh dengan inspirasi!
Treler Red Band terbaru yang R-rated ini 100% lain daripada adaptasi del Toro sebelum ini yang penuh fantasi dan kreativiti. Sebaliknya adaptasi Marshall lebih penuh dengan aksi R-rated yang ganas, penuh dengan elemen ‘gore’ dan komedi ‘dark humour’ – serasi dengan komik asal HELLBOY daripada Dark Horse Comics. Penulis amat teruja dengan elemen-elemen ‘éldritch horror’ ala Chtulhu yang hadir dalam iblis-iblis yang bakal Hellboy tempuhi nanti! Jom temui barisan pelakon yang menjayakan adaptasi lebih gelap dan ganas ini:
Sempena treler terbaru versi Red Band ini, laman Twitter @HellboyMovie juga mentularkan dua poster baru:
Filem HELLBOY bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 11 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik HELLBOY di www.buzzpop.tv!
.