Mirip seperti treler HELLBOY yang dipertontonkan kepada peminat tegar yang terkumpul di New York Comic Con pada bulan Oktober lepas, treler rasmi pertama ini menonjolkan watak Hellboy yang lebih sarkastik dan bersahaja.
Looks like Christmas came early… Check out the #Hellboy trailer! Coming to theaters & IMAX April 12, 2019. pic.twitter.com/fHR42UdzoC
— Hellboy (@HellboyMovie) December 19, 2018
Sejurus dengan tertularnya treler HELLBOY, poster IMAX dan imej rasmi untuk filem reboot versi ‘R-rated’ ini tertiris di laman IGN.com, majalah Entertainment Weekly serta Empire.
Filem HELLBOY bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 11 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang HELLBOY di www.buzzpop.tv!
#SoalanCepumas – Sekiranya filem reboot versi ‘R-rated’ ini dibayangkan sebagai lebih ganas dan mengikuti visi pencipta komik asal, Mike Mignola – mengapakah treler rasmi pertama ini menonjolkan babak-babak kelakar bagaikan visi pengarah Guillermo del Toro didalam HELLBOY (2004) dan HELLBOY II: THE GOLDEN ARMY (2008)?
Bincangkan.
#Hellboy #Reboot #RRated #NeilMarshall #MikeMignola #BuzzPopTV
(Sumber: @HellboyMovie)