Pengusaha figura aksi premium,Hot Toys telah mendedahkan pandang pertama rasmi bagi sut IRON MAN Mark LXXXV dan juga THANOS yang bakal beraksi dalam filem AVENGERS: ENDGAME nanti! Figura aksi IRON MAN Mark LXXXV berskala 1/6th scale ini adalah satu daripada banyak lagi karya agung yang bakal dihasilkan oleh Hot Toys berdasarkan filem terakhir dalam siri ‘The Infinity Saga’.
Direka khas berdasarkan watak Tony Stark/Iron Man daripada AVENGERS: ENDGAME, figura aksi yang mirip versi filem ini mempunyai dua ukiran kepala yang boleh ditukar ganti – satu yang serupa muka Robert Downey Jr. dan satu lagi kepala berhelmet dengan fungsi cahaya LED; rekaan rumit perisai Iron Man berwarna merah, emas dan kelabu metalik; fungsi cahaya LED khusus di bahagian-bahagian badan yang mempunyai Reaktor Arca; pengfokus Kilat Nano yang boleh dilampirkan di bahagian belakangnya; pelbagai jenis tangan untuk pos-pos ikonik, serta ‘character stand’ bertemakan Iron Man dengan logo Avengers: Endgame!
Figura aksi Thanos berskala 1/6th scale ini adalah satu daripada banyak lagi karya agung yang bakal dihasilkan oleh Hot Toys berdasarkan filem terakhir dalam siri ‘The Infinity Saga’.
Direka khas berdasarkan watak Thanos daripada AVENGERS: ENDGAME, figura aksi yang mirip versi filem ini mempunyai dua ukiran kepala yang boleh ditukar ganti; badan sasa dengan tekstur kulit dan otot yang realistik; perisai penuh dengan butiran terperinci dan efek terpakai; Infinitiy Gauntlet berskala 1/6 dengan enam Infinity Stones yang mempunyai fungsi cahaya LED; pedang berbilah dua dan ‘character stand’ yang bertemakan filem Avengers: Endgame.
“The grave course of events set in motion by Thanos that wiped out half the universe and fractured the Avengers ranks compels the remaining Avengers to take one final stand in Marvel Studios’ grand conclusion to twenty-two films, AVENGERS: ENDGAME.”
Sinopsis Filem AVENGERS: ENDGAME
Diarah oleh Anthony dan Joe Russo, filem ini menonjolkan pelakon-pelakon seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Don Cheadle, Paul Rudd, Brie Larson, Karen Gillan, Danai Gurira, Benedict Wong, Jon Favreau, Bradley Cooper, Gwyneth Paltrow dan Josh Brolin.
Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!