Selepas kejayaan JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM di pasaran box office domestik Amerika Syarikat untuk merangkul tempat pertama dan mengakhiri dominasi filem AVENGERS: ENDGAME selama tiga minggu berturut-turut; pihak Summit Entertainment mengumumkan bahawa sekuelnya – JOHN WICK: CHAPTER 4 bakal diterbitkan pada 21 Mei 2021 nanti!
Hujung Minggu Lepas!
Pulangan terlajak laris untuk sekuel JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM di dalam hujung minggu pertamanya sahaja (sebanyak US$93.3 juta) telah berjaya mengalahkan ‘kutipan box office total tempoh tayang’ bagi JOHN WICK (sebanyak US$88.8 juta) dan hampir mencecah ‘kutipan box office total tempoh tayang’ bagi JOHN WICK: CHAPTER 2 (sebanyak US$171.5 juta).
Tidak mustahil sekiranya kita membuat andaian bahawa kutipan CHAPTER 3 akan melebihi kutipan total CHAPTER 2 nanti – hanya selepas hujung minggu keduanya di panggung sedunia!
Untuk pembaca yang tidak arif, kedua-dua filem awal di dalam francais John Wick hanya memerlukan bajet produksi sebanyak US$20 juta setiap satu untuk dihasilkan. Dengan pulangan lumayan sebegini, maka tidak mustahil lah mengapa Summit Entertainment mengumumkan JOHN WICK: CHAPTER 4 secepat mungkin!
Sekiranya anda menonton penghujung CHAPTER 3, amat jelas sekali bahawa CHAPTER 4 akan memaparkan John Wick berkerjasama dengan The Bowery King untuk menumpaskan organisasi The High Table.
Selepas Wick dibelot oleh Winston dan The Continental, dan The Bowery King didisiplinkan oleh The Adjudicator di atas arahan High Table – siapakah akan berani berganding bahu dengan Wick dan King untuk menjatuhkan High Table selama-lamanya?
“I enjoy making these movies because there’s no limit. We create our own mythology, and we have a studio that both stays out of our way and supports us on the wacky decisions.
If people go see the movie, and it makes money, and they came back to us, Keanu and I have ideas for days. I could live here for the rest of my career. If people like it and want to watch more, I could think of way worse ways to spend your career.
But, you know, we’re in the entertainment business. We’ll let the audience figure that out.”
Pengarah Chad Stahelski tentang francais JOHN WICK
#SoalanCepumas – Adakah kita bakal melihat kepulangan watak-watak yang dimainkan oleh Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman – berganding bahu dengan Wick dan King untuk menghancurkan organisasi High Table selama-lamanya – di dalam filem JOHN WICK: CHAPTER 4 nanti?
Bincangkan.
Filem JOHN WICK: CHAPTER 4 bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia pada 21 Mei 2021.