“Thank you for trusting me with your insane talent.”
— Todd Phillips kepada Joaquin Phoenix.
TERKINI: Filem JOKER memulakan kempennya sebagai sebuah pesaing anugerah Oscar yang bukan calang-calang hujung minggu ini, apabila adaptasi DC Comics yang unik ini berjaya merangkul anugerah terunggul di Festival Filem Venice.
Selepas menghoskan tayangan perdana selama 11 malam berturut-turut, edisi ke-76 Festival Filem Venice berakhir lewat malam Sabtu apabila hadiah Golden Lion dianugerahkan kepada filem berdasarkan asal-usul musuh ketat Batman – lakonan legenda Joaquin Phoenix yang diarah oleh sutradara Todd Phillips.
Pengarah penuh kontroversi Roman Polanski (yang tidak hadir seperti biasa) memenangi tempat kedua – Grand Jury Prize untuk filemnya An Officer and a Spy.
Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya
“Thank you Warner Bros. and DC for stepping out of their comfort zone and taking such a bold swing on me and this movie.
There is no movie without Joaquin Phoenix. Joaquin is the fiercest and brightest and most open-minded lion I know. Thank you for trusting me with your insane talent.”
Todd Phillips, Direktor, JOKER.
Dipuja Oleh Kesemua Pengkritik
Selepas tayangan perdana Joker di Festival Filem Venice pada 1 September 2019, filem ini menerima tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir selama 8 minit – suatu rekod baru bagi festival filem ini yang tertua di dunia.
Pujaan ini diikuti dengan ulasan pihak media yang tidak putus-putus memberikan penarafan tinggi bagi nukilan Todd Philips yang bakal mengubah genre filem superhero untuk selama-lamanya!
IGN: 10/10
Variety: 5/5
Hollywood Reporter: 4.5/5
Empire Magazine: 10/10
Total Film Magazine: 10/10
Collider: 9/10
Forbes: 10/10
L.A Times: 4/5
Guardian: 5/5
Daily Telegraph (UK): 5/5
Petanda Baik Untuk Musim Oscars Nanti
Sejarah Silam Pemenang Grand Lion
Untuk pembaca yang tidak arif, dua pemenang ternama anugerah Golden Lion sebelum ini adalah filem THE SHAPE OF WATER (2017) dan ROMA (2018) yang juga bukan calang-calang pada tahun mereka bertanding di Festival Filem Venice.
Sejurus selepas menggondol anugerah Golden Lion di Festival Filem Venice, filem THE SHAPE OF WATER (2017) dicalonkan untuk 13 kategori Academy Awards dan akhirnya memenangi 4 anugerah Oscars – termasuk anugerah Best Picture 2018 dan Best Director 2018 untuk pengarah berbakat Guillermo del Toro.
Berdasarkan nasib yang sama baik, pada tahun 2019 filem ROMA (2018) menerima pencalonan untuk 10 kategori Academy Awards dan akhirnya memenangi 3 anugerah Oscars – termasuk anugerah Best Foreign Language Film 2019 dan Best Director 2019 untuk pengarah tersohor Alfonso Cuaron.
Jom Layan JOKER Bersama BuzzPopTV!
Jangan lupa untuk menyertai Pertandingan Tayangan Perdana JOKER (1 Oktober) yang bakal bermula di laman media sosial BuzzPopTV pada penghujung bulan September nanti.
“Failed comedian Arthur Fleck encounters violent thugs while wandering the streets of Gotham City dressed as a clown. Disregarded by society, Fleck begins a slow dissent into madness as he transforms into the criminal mastermind known as the Joker.”
Sinopsis Filem JOKER
JOKER bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 3 Oktober 2019 dan dibintangi oleh Joaquin Phoenix, Zazie Beetz, Frances Conroy, Marc Maron dan Robert De Niro.
#SoalanCepumas
Adakah ini bermakna JOKER bakal mencipta rekod sebagai filem bergenre komik pertama yang mungkin dinobatkan dengan anugerah Oscars untuk kategori Best Picture ataupun Best Director?
Bincangkan.
#Joker #JokerMovie #Venezia76 #GoldenLion #GrandJuryPrize #BuzzPopTV
(Sumber: The Hollywood Reporter)