24 jam selepas pengarah Todd Phillips mengkongsi pandang pertama pelakon Joaquin Phoenix bermekapkan Joker di laman Instagramnya, peminat tegar DC dikejutkan pagi ini dengan rakaman terbaru dari set penggambaran JOKER.
Phoenix kelihatan ketawa mengilai-ngilai penuh kejahatan di stesen keretapi bawah tanah Bronx, New York City semalam.
https://youtu.be/rqoyR_q5DqM
Pelakon berumur 43 tahun ini nampak menyeramkan dalam sut klasik berwarna ungu dan mekap penuh seperti badut sarkas, sambil menfilemkan babak rusuhan di stesen keretapi bawah tanah bersama konco-konconya yang memakai topeng badut sarkas.
Joaquin Phoenix looks so creepy as the Joker filming his upcoming movie in NYC! See tons of set pics: https://t.co/BhrpUCPamu
— JustJared.com (@JustJared) September 23, 2018
Filem JOKER bakal menemui anda dipawagam seluruh Malaysia pada 4 Oktober 2019.
#Joker #SetVideo #OnLocation #WorldsOfDC #BuzzPopTV
(Sumber: @TMZ)