Novel grafik Kill Them All karya Kyle Starks kini dikhabarkan sedang dalam fasa pembangunan oleh Paramount Pictures, berdasarkan sumber yang dipetik Variety.
Penerbit bersekutu James Coyne akan dilantik sebagai penulis skrip adaptasi filem tersebut setelah selesai menghasilkan dan menghantar lakon layar untuk filem Sherlock Holmes 3 dan Treasure Island kepada pihak Warner Bros.
Berikut adalah plot dan sinopsis yang digambarkan menerusi novel grafik tersebut:
“A betrayed murderess wants revenge. A hard drinking former cop wants his job back. For either to get what they want, they’re going to have to fight their way through fifteen flights of criminals, assassins, drug lords, murderers, yup, even accountants, and… Kill. Them. All.”
#Komen2KupangKu – Novel grafik ini iras-iras bagaikan filem THE RAID (2011) ataupun DREDD (2012). Tak tahan pulak nak menontonnya nanti!
***
Setelah sekian lama Betty Ross menghilangkan diri, akhirnya kekasih kepada Dr. Bruce Banner ini kembali dalam komik The Immortal Hulk #13!
#Komen2KupangKu – Tanpa sebarang pendedahan spoiler, persoalan sebenar yang perlu kita bincangkan di sini adalah ke manakah Betty Ross selama ini? Adakah beliau sedang berkasih dengan teman lelaki lain dek kerana sikap panas baran yang melampau dan esktrem bekas kekasihnya itu?
Apakah beliau sedang menjalani kursus kemahiran dan vokasional atas arahan majikannya? Atau apakah bapanya, Jeneral Thunderbolt Ross melarang beliau keluar rumah dan hanya masak dan basuh baju sahaja setiap hari sampai Betty belajar untuk mendengar cakap orang tua?
Itu semua bakal terjawab apabila anda membaca naskah komik The Immortal Hulk #13 yang kini sudah berada di pasaran!
***
Percaya ataut tidak, pelakon ternama Arnold Schwarzenegger juga turut melayan dan membaca komik Conan the Barbarian #1 !
Komik edisi sulung terbitan Marvel Comics yang dihasilkan oleh penulis tersohor Jason Aaron (The Mighty Thor) dan pelukis Mahmud Asrar (All-New, All-Different Avengers) menampilkan kelibat bintang Hollywood itu – yang pernah menjadi watak utama filem asal CONAN THE BARBARIAN (1982) arahan John Milius – pada muka hadapannya.
#Komen2KupangKu – Begitulah Arnold sejak kebelakangan ini. Suka sangat layan Insta, FB dan Twitter. Mengalahkan orang muda. Patutlah Chris Pratt selesa dan selamba mengurat anak perempuanya sampai mahu dijadikan isteri.
Bakal ayahanda mertuanya sempoi!
Komik CONAN THE BARBARIAN #1 sudah di pasaran sejak 2 Januari 2019 lagi dan boleh dimiliki daripada kedai komik berdekatan anda!