Musuh utama X-Force, Stryfe sudah lama mensasarkan Cable muda dalam senarai buruannya. Tetapi Stryfe tidak bersendirian dalam misi tersebut kerana dia kini hadir secara berkumpulan!

Pendedahan tersebut dibongkar menerusi komik X-Force isu #7 (Mei 2019) yang memperlihatkan Stryfe sedang berdiri di samping versi masa hadapan atau alternatif anggota X-Men seakan Storm, Gambit, Rusty Collins dan Rachel Grey (Hound).

#Komen5KupangKuWalaupun kita masih belum mengetahui apakah nama rasmi untuk pasukan ini, namun jelas mereka telah berjaya menumpaskan Cable muda, Deathlok and Warpath!

***

Walaupun tayangan STRANGER THINGS musim ke-3 masih jauh lagi (4 Julai 2019), sebuah siri mini komik prekuel terbitan Dark Horse Comics akan berada di pasaran sebagai pengubat rindu sementara siaran bermula.

Stranger Things: Six bakal menceritakan tentang seorang lagi subjek eksperimen di dalam Makmal Sulit Hawkins yang diselia rapi oleh Dr. Martin Brenner menerusi drama popular Netflix tersebut. Ia ditulis oleh Jody Houser dan diillustrisi oleh Edgar Salazar untuk keluaran Mei 2019.

#Komen5KupangKuBagaimana lah agaknya kuasa yang dikecapi oleh 6 jika nak dibangdingkan dengan 11 eh?

***

IDW Publishing mengumumkan sebuah siri komik yang menggabungkan dua francais filem popular era 80an: Transformers dan Ghostbusters!

Sepasukan Autobots turun ke bumi dari Planet Cybertron selepas tamatnya Perang Agung, mengikut jejak satu isyarat yang menemukan mereka dengan kuartet penyiasat dan pemburu hantu profesional: Peter Venkman, Egon Spengler, Ray Stantz dan Winston Zeddmore!

Komik yang bakal berada di pasaran pada bulan Jun 2019 nanti juga akan memperkenalkan kemunculan sulung ECTO-1 Ectotron iaitu kenderaan kereta mayat rasmi milik Ghostbusters yang boleh bertukar menjadi robot Transformers!

#Komen5KupangKuPandai lah pulak IDW Publishing mencipta ‘crossover’ di antara dua IP zaman ’80-an yang amat gah!

Faizal Mukhtar

Pernah berkhidmat sebagai jurnalis, penulis skrip dan iklan untuk beberapa buah entiti media terkemuka sepanjang lebih 12 tahun lalu, kini beliau berkarya sepenuh masa sebagai blogger dan vlogger upahan. Komik...