“Uh, meow?”

— Sonic, SONIC THE HEDGEHOG, (2020).

Filem SONIC THE HEDGEHOG mencatat rekod baru bagi adaptasi permainan video di Hollywood pada hujung minggu pembukaannya minggu lepas, meraih US$68 juta di pasaran box office domestik USA – mengalahkan kutipan DETECTIVE PIKACHU pada hujung minggu pertamanya sebanyak US$54.3 juta tahun lepas.

  • Di pasaran antarabangsa pula, filem SONIC yang ditayangkan di 40 negara selain Amerika Syarikat berjaya meraih sebanyak US$43 juta, untuk jumlah box office sedunia sebanyak US$101 juta pada hujung minggu pembukaannya!
Rekacipta SONIC THE HEDGEHOG – Bagaikan langit dengan bumi!
  • Satu daripada punca utama bagi kejayaan produksi yang berharga US$87 juta arahan pertama pengarah Jeff Fowler, adalah pilihan produksi untuk merekacipta animasi CGI bagi watak Sonic kembali – selepas treler pertamanya mendapat reaksi negatif daripada peminat Sonic sedunia.
FEB 2020: BOP Vs SONIC
  • Punca kedua bagi kemenangan filem SONIC THE HEDGEHOG di pasaran box office sedunia hujung minggu lepas adalah penarafan PG-nya berbanding dengan penarafan R yang dibawakan oleh filem HARLEY QUINN: BIRDS OF PREY.

Poster-Poster Filem SONIC THE HEDGEHOG

Poster Dan Sinopsis Rasmi SONIC THE HEDGEHOG

“Based on the global blockbuster videogame franchise from Sega, SONIC THE HEDGEHOG tells the story of the world’s speediest hedgehog as he embraces his new home on Earth.”

In this live-action adventure comedy, Sonic and his new best friend Tom (James Marsden) team up to defend the planet from the evil genius Dr. Robotnik (Jim Carrey) and his plans for world domination. The family-friendly film also stars Tika Sumpter and Ben Schwartz as the voice of Sonic.

Sinopsis Filem SONIC THE HEDGEHOG

Filem SONIC THE HEDGEHOG bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 20 Februari 2020.

#SoalanCepumas

Apakah babak-babak daripada filem SONIC THE HEDGEHOG yang anda paling minati?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...