Tiga bintang utama AVENGERS: ENDGAME kini sudah berada di Korea Selatan untuk mempromosikan filem terbaru Marvel Studios itu yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Menurut Walt Disney Korea, Robert Downey Jr., Jeremy Renner dan Brie Larson termasuk pengarah Anthony dan Joe Russo.

Mereka akan berada di negara tersebut pada 14 dan 15 April sebagai program Siri Jelajah Global untuk AVENGERS: ENDGAME.

Robert Downey Jr yang terlebih dahulu mendarat di Lapangan Terbang Gimpo semalam (13 April, 2019) dilihat memakai kalung jed sama semasa Siri Jelajah Media untuk IRON MAN 3 kira-kira enam tahun lalu. Beliau kemudiannya menghadiakan kalung tersebut kepada seorang peminat bertuah di lapangan terbang itu kerana ia mungkin akan menjadi siri jelajah media terakhirnya bersama Marvel.


Selepas itu, Jeremy Renner dilaporkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan kemudian menghabiskan keseluruhan hari Sabtunya untuk lawatan khas Istana Gyeongbokgung di Kotaraya Seoul!

Turut mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa untuk Siri Jelajah Global ini adalah Brie Larson yang mengenakan warna tema seragam Captain Mavel dan memakai Cincin Bintang Hala!

Dan untuk sepanjang hari Ahad (14 April, 2019), mereka semua telah menghadiri wawancara meja bulat bersama para wartawan dan wakil media dari serata Asia, Australia dan New Zealand.

Robert Downey Jr., Jeremy Renner, Brie Larson bersama pengarah Anthony dan Joe Russo dijangka akan menghadiri acara peminat selama satu jam di Jangchung Arena di tengah-tengah Kotaraya Seoul pada keesokan harinya (Isnin, 15 April) tepat pada jam 7.30 petang.

“The grave course of events set in motion by Thanos that wiped out half the universe and fractured the Avengers ranks compels the remaining Avengers to take one final stand in Marvel Studios’ grand conclusion to twenty-two films, AVENGERS: ENDGAME.”

Sinopsis Filem AVENGERS: ENDGAME

Diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo, filem ini menonjolkan pelakon-pelakon seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Don Cheadle, Paul Rudd, Brie Larson, Karen Gillan, Danai Gurira, Benedict Wong, Jon Favreau, Bradley Cooper, Gwyneth Paltrow dan Josh Brolin.

Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

Faizal Mukhtar

Pernah berkhidmat sebagai jurnalis, penulis skrip dan iklan untuk beberapa buah entiti media terkemuka sepanjang lebih 12 tahun lalu, kini beliau berkarya sepenuh masa sebagai blogger dan vlogger upahan. Komik...