Ahad, 7 April 2019 – Dengan hanya 17 hari lagi sebelum filem AVENGERS: ENDGAME mula disiarkan di pawagam seluruh Malaysia, sidang media global untuk filem yang dinantikan ramai ini bermula di Disney Studios, Los Angeles pada hujung minggu ini – memaparkan barisan pelakon serta duo pengarah, adik-beradik Russo kepada media Amerika Syarikat yang terkumpul di situ.

Semalam, acara dimulakan dengan penyiaran babak istimewa selama 10-minit oleh duo pengarah adik-beradik Russo di lot Disney Studios.

Babak pertama adalah 5-minit pertama kepada sekuel yang dinantikan ramai ini, manakala babak kedua adalah 5-minit yang ditayangkan kepada pemilik-pemilik pawagam di ekspo #CinemaCon minggu lepas.

Menurut pengarah Anthony dan Joe Russo yang membuka acara media ini, mereka sedang menunggu tiga babak VFX terakhir sebelum filem ini akan siap untuk diedit pada lewat hari Sabtu.

Sejurus selepas itu, Marvel Studios mentularkan di laman media sosial paparan eksklusif AVENGERS: ENDGAME berjudul “STAKES” yang menonjolkan barisan pelakon Avengers membincangkan apa yang boleh anda harapkan di dalam sekuel yang dinantikan ramai ini.

“I guarantee you there is no way anybody could guess what’s going to happen…”


Robert Downey Jr, AVENGERS: ENDGAME

Hari ini pula, sesi wawancara bersama barisan pelakon serta duo pengarah, adik-beradik Russo oleh media Amerika Syarikat bermula. Tonton tiga wawancara terpilih di bawah untuk melihat disebalik tabir filem AVENGERS: ENDGAME serta jawapan kepada #TeoriBrazil yang popular daripada peminat-peminat tegar Marvel Cinematic Universe (MCU) setakat ini!


Avengers: Endgame interviews
Anthony and Joe Russo answer a “fan” question from Josh Brolin

AVENGERS: ENDGAME Interview
Russo Brothers Talk Best Fan Theories, Which Actors Ask For Spoilers!

Avengers: Endgame Fan Questions
Answered by Russo Brothers

Pameran di sidang media AVENGERS: ENDGAME di Los Angeles hujung minggu ini juga mempamerkan produk-produk bertemakan sekuel Avengers ini serta kostum-kostum barisan pelakon Marvel Cinematic Universe untuk kesemua 22 filem Marvel Studios daripada 2008 sehingga sekarang.

“The grave course of events set in motion by Thanos that wiped out half the universe and fractured the Avengers ranks compels the remaining Avengers to take one final stand in Marvel Studios’ grand conclusion to twenty-two films, AVENGERS: ENDGAME.”

Sinopsis Filem AVENGERS: ENDGAME

Diarah oleh Anthony dan Joe Russo, filem ini menonjolkan pelakon-pelakon seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Don Cheadle, Paul Rudd, Brie Larson, Karen Gillan, Danai Gurira, Benedict Wong, Jon Favreau, Bradley Cooper, Gwyneth Paltrow dan Josh Brolin.

Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...